Siapa Arah Pembunuhan Jalil Ibrahim ?

AIDCNews -27/01/17 –Dokumentari terbitan ‘Crime Invesigation of Asia’ di atas membongkar mengenai pembunuhan juruaudit Bumiputra Malaysia Finance (BMF) di Hongkong pada tahun 1983.

Pada tahun 1983, Bank Bumiputra Malaysia Bhd (BBMB) telah menghantar penolong pengurusnya dari bahagian audit, Jalil Ibrahim, 35 ke Hong Kong untuk membuat siasatan akaun pinjaman BMF.

Lebih menggemparkan Jalil telah dibunuh di Hong Kong dan motif pembunuhan menjadi misteri hingga ke hari ini.

Skandal menyelubungi Bank Bumiputra dan anak syarikatnya BMF pada 1980 menjejaskan reputasi kerajaan di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dakwa Agensi Perisikan Pusat (CIA).

“Kerahsiaan siasatan kerajaan, mempertahankan seperti yang diperlukan di bawah undang-undang kerahsiaan perbankan Malaysia dan tempoh lewat setahun selepas masalah itu timbul menjejaskan perubahan pengurusan di BMF menyebabkan kerajaan disyaki,” dedah laporan bertajuk “The Bank Bumiputra Scandal: More Trouble Ahead for Malaysia’s Mahathir?”.

CIA berkata ramai ahli perniagaan dan pegawai bank percaya kerajaan menggunakan pegawai BMF yang didakwa sebagai kambing hitam dalam usaha mengelak mengaitkan pegawai kanan kerajaan.

Skandal itu membabitkan kos hampir AS$1 bilion (RM2.7 bilion ketika itu) melibatkan pinjaman kepada tiga spekulator hartanah Hong Kong termasuk Carrian Investment Group antara 1979 dan 1983.

Walaupun Dr Mahathir berkali-kali menafikan sebarang penglibatan, namun laporan CIA mendedahkan bahawa berdasarkan bukti mengikut keadaan, skandal itu meluas sehingga ke dalam pentadbiran beliau.

“Sebagai bank milik penuh kerajaan, Bank Bumi dikawal rapi oleh kedua-dua Kementerian Kewangan dan Bank Pusat.

“Tiada keputusan penting dibuat tanpa kelulusan pengetahuan mereka,” dedah CIA.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s