PAS Akan Diketepikan Bila DAP Dapat Undi Melayu – Tunku Aziz

tunkuAIDCNews -31/01/17 –Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata tujuan DAP menghulurkan salam perdamaian dengan PAS semata-mata bertujuan untuk mendapat tambahan undi Melayu- Islam pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Menurutnya, apabila matlamat itu tercapai PAS bakal diketepikan sekali lagi sebagai mana yang berlaku selepas PRU 13.

“Tujuan utama DAP inginkan PAS adalah untuk mendapatkan undi orang Melayu sahaja.

“Apabila mereka sudah dapat apa yang diingini, PAS akan ditolak tepi,” katanya dalam satu sidang media di Hotel Eastin Kuala Lumpur, hari ini.

Pendapat Tunku Aziz hampir sama dengan kenyataan seorang lagi bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd Noor yang mendakwa DAP akan meninggalkan semua pemimpin Melayu sekiranya parti itu memperolehi kuasa.

Tunku Aziz berharap agar PAS berhati-hati apabila berurusan dengan DAP kerana parti itu licik dan mempunyai agenda tersembunyi.

“Memandangkan PAS sudah berpengalaman dengan DAP, maka mesti mereka tau apa agenda tersembunyi parti itu.

“Nasihat saya, sentiasalah berhati-hati dengan DAP kerana tentu Pas tidak mahu pisang berbuah dua kali,”katanya lagi.

Sementara itu, Tunku Aziz mendakwa beliau masih belum menerima surat saman daripada Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mahu menyamannya.

Sambil berseloroh, beliau merasakan kerana sistem pos di Malaysia ini mungkin yang menjadi punca surat saman tersebut lewat tiba.

“Saya masih belum terima surat saman itu, tetapi anda semua tahulah bagaimana sistem pos di negara kita ini.

“Bagaimanapun, saya masih menunggu dan jangkakan ia akan tiba cuma tidak tahu bila,” katanya ketika sidang media hari ini.

Sebelum ini, Mukhriz mencabar Tunku Abdul Aziz supaya mendedahkan bukti dan sumber yang diperolehinya berhubung dakwaannya mengenai pemilihan beliau sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan menang dalam PRU14 nanti.

Sekiranya, Tunku Abdul Aziz gagal berbuat demikian maka beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan saman berhubung dakwaan fitnah tersebut.

Tambahnya lagi, beliau juga tidak menerima sebarang panggilan telefon daripada peguam Muhkriz berhubung perkara itu.

“Hanya panggilan daripada media sahaja yangs saya terima, orang lain tidak ada,” katanya lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s