PAS Pertahan Dakwaan Kerajaan DAP-PKR Campuri Proses Fatwa Pulau Pinang

iszureeAIDCNews -31/01/17 – PAS mengetahui wujudnya campur tangan kerajaan DAP dan PKR Pulau Pinang dalam urusan penfatwaan kerana wakil parti Islam adalah salah sorang daripada Ahli Majlis Fatwa semasa dalam Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu, tegas Iszuree Ibrahim, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang.

“Dakwaan PAS BERASAS sebabnya wakil PAS adalah salah sorang Ahli Majlis Fatwa semasa dalam Kerajaan PR.

“Bekas Mufti Dato Hassan ditamatkan kontrak sebagai MUFTI adalah disebabkan penentangan (beliau) ke atas CAMPUR TANGAN KERAJAAN DAP DALAM ISU FATWA.

“PAS ADA BUKTI, SILA BAWA PAS KE MAKAMAH. KITA AKAN BONGKARKAN,”katanya dalam Facebook hari ini.

Iszuree, memetik kenyataan Mufti Negeri Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor, yang berkata di Pulau Pinang sesuatu fatwa dibawa ke mesyuarat Exco terlebih dahulu sebelum fatwa itu digazzetkan.

Kaedah ini kata Iszuree berlawanan Tatacara dan Prosedur Proses FATWA (NO.4 ) dilaksanakan.

“Dalam Prosedur Tatacara Fatwa tidak disebut perlunya dibawa atau ‘table ‘kepada Exco ‘meeting’ TERLEBIH DAHULU sebelum digazetkan?

“Jelas sekali tidak ikut prosedur Tatacara Fatwa KHUSUSNYA Fatwa yang belum digazet telah dibentangkan dalam Exco ‘meeting’ yang dipengerusikan oleh KETUA MENTERI DAP dan ketika inilah akan berlaku campur tangan sebab tidak mengikut selera DAP SAMA ADA PERLU DIPERSEMBAHKAN KEPADA AGUNG ATAU TIDAK?

“Sepatutnya digezet oleh Yang Dipertuan Agong dulu kemudian bentang dalam Exco meeting sepertimana yang terkandung dalam TATACARA FATWA NO.4,” katanya lagi.
table
Semalam, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusof mendakwa kerajaan DAP dan PKR Pulau Pinang mencampuri urusan proses penfatwaan apabila mengarahkan semua fatwa perlu melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) terlebih dahulu sebelum diluluskan sebagai fatwa.

Mengikut undang-undang negeri, jawatankuasa boleh mengeluarkan fatwa yang perlu dipersembahkan kepada Agong untuk diperkenankan, sebelum diwartakan sebagai fatwa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pulau Pinang) 2004.

Fauzi berkata campur tangan kerajaan DAP-PKR bertentangan dengan Seksyen 48 enakmen yang menyatakan semua fatwa yang dikeluarkan di Pulau Pinang perlu dipersembahkan kepada Agong untuk dipertimbangkan.

Yang di-Pertuan Agong berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri tidak beraja, seperti Pulau Pinang.

“PAS semasa di dalam Pakatan Rakyat telah menyatakan bantahan secara tertutup kepada Exco Hal Ehwal Islam Datuk Abdul Malik Abul Kassim.

“Namun, sehingga kini, amalan campur tangan dalam proses penfatwaan masih berlaku. Fatwa yang diputuskan oleh jawatankuasa perlu dimaklumkan kepada MMKN yang dipengerusikan ketua menteri terlebih dahulu sebelum dipersembahkan kepada Agong.

“Keadaan ini seolah-olah menjadikan MMKN yang dipengerusikan ketua menteri lebih berkuasa daripada jawatankuasa fatwa negeri dalam hal ehwal hukum orang Islam.

“Ini secara tidak langsung meletakkan fungsi mufti dan Agong lebih rendah daripada sepatutnya mengikut enakmen,” kata Fauzi pada sidang media di markas tarbiah PAS Pongsu Seribu, Kepala Batas.

Fauzi mendakwa terdapat fatwa yang ditangguhkan kerajaan Pulau Pinang.

“Berdasarkan maklumat, terdapat fatwa yang telah ‘dibekukan’ oleh kerajaan negeri dan tidak dipersembahkan kepada Agong, kerana tidak mengikut selera DAP dan PKR,” katanya.

Pada sidang media yang sama, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Hafnan Hamimi Taib Azamudden berkata MMKN menangguhkan banyak fatwa.

Antaranya fatwa melarang orang Islam mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik, katanya.

“Fatwa ini ditangguh dan dibekukan. Dalam pertemuan jawatankuasa fatwa dengan Malik, beliau ditanya soalan ini. Dia (Malik) kata kerajaan negeri berhak menangguhkan mana-mana fatwa berdasarkan situasi politik dan suasana di Pulau Pinang.

“Jawatankuasa fatwa institusi yang tinggi di Pulau Pinang, jadi apabila fatwa yang dibuat secara bersama dalam kalangan anggotanya, dan ditangguhkan oleh kerajaan negeri, khususnya DAP dan PKR, (maka) mereka merendahkan institusi itu,” katanya.

Advertisements

2 thoughts on “PAS Pertahan Dakwaan Kerajaan DAP-PKR Campuri Proses Fatwa Pulau Pinang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s