Tanpa PAS, PKR Mampu Menang Di Perak -Naib Pengerusi PKR Perak

pkrAIDCNews -31/01/17 –Naib Pengerusi PKR Perak, Laksamana Pertama (B) Imran Abd. Hamid yakin tanpa sokongan PAS sekalipun, PKR masih mampu menang di Perak kerana kekosongan yang ditinggalkan parti Islam itu akan diisi oleh PPBM dan PAN.

Mengambil contoh di kawasan parlimennya sendiri, iaitu Parlimen Lumut, Imran yakin PKR akan mengekalkan kemenangannya di Parlimen itu dengan kerja keras dan sokongan akar umbi PKR, DAP, PAN dan PPBM.

“Dengan kehadiran Bersatu (PPBM) dalam Pakatan Harapan, saya berpandangan Pakatan Harapan lebih kuat daripada Pakatan Rakyat (yang dianggotai DAP, PKR dan PAS)

“Saya lihat memang pertandingan tiga penjuru tidak dapat dielakkan. Berdasarkan kenyataan-kenyataan pemimpin PAS, kita (PKR) rasa ia (tiga penjuru) akan berlaku.

“Tapi di (Parlimen) Lumut ini, khususnya di Pasir Panjang, kalau berlaku tiga penjuru, tentunya pengundi Melayu akan berpecah kepada tiga. Kalau kita kerja kuat dan beri peluang kepada Amanah untuk bertanding (di DUN Pasir Panjang), tiga penjuru, berlawan dengan PAS dan BN, kita rasa kita ada peluang (untuk menang),”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersempena pemetraian MOU antara PPBM dan Parti-parti kompenan dalam Pakatan Harapan peringkat Parlimen Lumut, Disember 2016.

Sebelum itu, penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata kehadiran PPBM telah memberi harapan baharu kepada rakyat untuk berpihak kepada pembangkang.

“Apabila Pakatan Rakyat berkecai, rakyat susah hati kerana satu-satunya harapan untuk menumbangkan BN telah musnah. Tapi dengan tertubuhnya Pakatan Harapan dan permuafakatan dengan PPBM ini, ia dapat mengembalikan keyakinan rakyat bahawa pembangkang mempunyai pakatan yang kuat,” kata Ngeh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan dan Ahli Parlimen Beruas.

Pada PRU 13, kedudukan kerusi di peringkat DUN adalah; BN (31), DAP (18), PKR (5) dan PAS (5) telah berubah menjadi BN (31), DAP (18), PKR (5), PAS (4) dan PAN (1)

Manakala kerusi di peringkat parlimen Perak pula; BN (12), DAP (7) PKR (3) dan PAS (2); kemudian berubah menjadi BN (13), DAP (6), PKR (3), PAS (1) dan PAN (1)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s