Warkah Balas Muhyiddin Kepada Titah Tuanku Sultan Johor Meng Angkuh & Sombong-Dr Puad

1. Seperti perumpamaan, alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke lengan tangan, maka warkah balas Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada titah Tuanku Sultan Johor jelas membuktikan dia kaki lawan. Muhyiddin benar benar terasa pedasnya. Itu membuktikan memang dia yang memakan cilinya.

2. Isu utama yang dipersoalkan oleh Muhyiddin dalam warkahnya itu ialah isu “angkuh dan sombong”. Dia menganggap Tuanku menyindirnya sebagai seorang yang angkuh dan sombong.Read More »

Masa Depan Kerjasama PAS-PPBM Semakin Malap, Kata Zuhdi

SHAH ALAM: Kerjasama antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) nampaknya semakin malap, berikutan parti itu mengadakan perbincangan hari ini bersama Pakatan Harapan (PH) bersabit isu agihan kerusi untuk pilihan raya umum akan datang.

Demikian menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki mengulas mengenai perkembangan terbaru itu yang selari dengan pendirian PAS sebelum ini bahawa tidak akan menjalin sebarang kerjasama dengan parti yang ada hubungan bersama DAP dan Amanah.Read More »

PAS Sudah Jangka Dipinggir Pakatan Harapan Di Selangor

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan mendedahkan mereka sudah menjangkakan Pakatan Harapan (PH) membuat pembahagian kerusi secara senyap-senyap di belakang dengan meminggirkan parti Islam itu.

Nasruddin berkata, Pas sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan mempunyai strategi lain dalam usaha memenangi kerusi yang akan mereka tandingi nanti secara bersendirian di Selangor.Read More »