Gagal Jawab PAS Pulau Pinang, Guan Eng Serang Hadi & Kelantan

AIDCNews -01/02/17 –Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng gagal menjawab isu dibangkitkan PAS Pulau Pinang lantas mengalih isu dengan menyerang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Kerajaan PAS Kelantan.

Guan Eng mendakwa Abdul Hadi ‘buta mata’ dengan usaha kerajaan negeri dalam membela rakyat sejak Pakatan Harapan memerintah Pulau Pinang.

“Saya tidak tahu mengapa dia buat tuduhan sedemikian. Dia ada mata, kenapa tidak lihat sendiri? Saya anggap tuduhannya itu tidak berasas. Saya juga kesal, seorang ustaz sepertinya sanggup tabur fitnah jahat seperti ini.

“Jika kita lihat dari segi peruntukkan, hal ehwal Islam mengalami kenaikan 100 peratus berbanding kerajaan negeri terdahulu. Ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Oleh itu, biar fakta sahaja yang jawab tuduhannya itu,” katanya ketika menyampaikan cek replika peruntukkan kepada sekolah-sekolah mubaligh 2017 di Komtar.

Dalam majlis berkenaan, kerajaan negeri menyalurkan RM1.18 juta kepada 22 buah sekolah mubaligh yang berkelayakan.

Guan Eng (tengah) menyampaikan cek replika kepada wakil 22 buah sekolah mubaligh yang berkelayakan di Komtar, semalam
Guan Eng (tengah) menyampaikan cek replika kepada wakil 22 buah sekolah mubaligh yang berkelayakan di Komtar, semalam

Walaupun Guan Eng sering mempublisitikan fakta-fakta berkenaan bantuan kepada sekolah-sekolah Islam, namun amat jarang beliau menunjukkan fakta bantuan kepada sekolah-sekolah mubaligh bukan Islam di Pulau Pinang.

Apatah lagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah membuat perbandingan jumlah bantuan kepada sekolah-sekolah Islam dengan sekolah-sekolah mubaligh bukan Islam di Pulau Pinang.

Selain menyerang Abdul Hadi, Guan Eng turut menyerang Kerajaan PAS Kelantan.

“Sehingga ke hari ini, mereka (PAS Kelantan) gagal menyediakan rumah kepada mangsa banjir dalam kejadian tiga tahun lalu. Banjir berlaku sebab banyak hutan ditarah dan pokok di tebang. Ini untuk siapa? Saya pasti bukan untuk rakyat.

“Mereka juga dilihat gagal menjalankan ekonomi yang baik sehingga rakyat mereka yang miskin menjadi makin susah. Ini lah kelemahan yang mereka cuba tutup,”katanya.

pas

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan, Muhd Hafiz Bin Alyas Albaghoni berkata kritikan Guan Eng itu gagal menutup isu yang dibangkitkan PAS Pulau Pinang, sebaliknya menyerlah lagi DAP sebuah parti cauvinis.

“Kerajaan DAP-PKR Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, kini telah menunjukkan wajah belang sebagai parti yang cauvinis.

“Tindakan Lim Guan Eng yang mengalih isu banjir yang berlaku di Kelantan seolah-oleh membuka pekung sendiri apabila negeri Pulau Pinang yang merupakan negeri di luar lingkungan kawasan banjir kini telah mengalami banjir hampir setiap kali hujan lebat dan ia berlaku ketika negeri ini dibawah pimpinannya.

“Sesuatu yang tidak dapat dilindungi lagi, bahawa limpahan air yang telah menyebabkan banjir di Pulau Pinang adalah disebabkan projek pembangunan yang tidak mengikut piawaian yang ditetapkan.

“Tindakan beliau yang cuba mengalih isu sebenar berhubung nasib Malayu dan Islam, telah mengiakan bahawa semua perkara yang dibangkitkan oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang adalah benar,” bidasnya dalam satu kenyataan melalui Facebook.

Menurutnya, sehingga kini Guan Eng gagal menjelaskan enam dakwaan yang dibuat oleh PAS Pulau Pinang berhubung nasib orang Melayu dan Islam di negeri itu yang didakwa tidak mendapat pembelaan di bawah pentadbirannya.

“Sehingga kini enam isu tersebut iaitu Manifesto Kampung Warisan, layanan dwi-standard terhadap peniaga Melayu, projek tambak laut, campur tangan dalam institusi fatwa, menghalang pindaan Akta 355 dan mempromosikan Islam Liberal masih tidak dijawab oleh Lim Guan Eng. Keadaan ini membuktikan bahawa dakwaan tersebut adalah berasas.

“Respon Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Nor di dalam portal Malaysiakini semalam, di mana beliau mengakui bahawa fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri akan di bawa kepada Mesyuarat EXCO (MMKN) sebelum dipersembahkan kepada Yang DiPertuan Agong, membuktikan bahawa sememangnya wujud campur tangan dari DAP-PKR dalam institusi fatwa di negeri ini.

“Sehingga saat ini EXCO Agama, Datuk Abd Malek dari PKR masih diam membisu seakan menanti arahan dari bosnya iaitu Lim Guan Eng.

“Umum mengetahui bahawa, institusi fatwa merupakan institusi terpenting bagi umat Islam kerana fatwa akan menjadi garis panduan dan rujukan umat Islam dalam beramal. Fatwa juga bersifat panduan hukum yang sangat memberi kesan terhadap kehidupan umat Islam dan ia diiktiraf oleh hukum syarak dan undang-undang negara. Adalah suatu yang amat malang apabila seorang Ketua Menteri gagal memahami fungsi fatwa yang sememangnya terkandung dalam Enakmen yang digubal di Dewan Undangan Negeri yang berada di bawah kawalannya. Perkara ini bukanlah baharu kerana Lim Guan Eng pernah mempertikaikan fatwa Kalimah Allah pada suatu ketika dahulu,” bidasnya lagi.

Justeru Muhd Hafiz menyeru agar umat Islam di negeri itu menolak Kerajaan DAP dan PKR Pulau Pinang pada pilihan raya yang akan datang.

“Pemuda PAS Kawasan Bagan dan seluruh umat Melayu Islam amat kecewa dengan pentadbiran DAP-PKR dan keberadaan tiga orang EXCO Melayu Islam dalam kerajaan DAP-PKR seperti tidak berfungsi dan dilihat dayus dalam membela Islam sehingga sanggup menggadai prinsip dan maruah agama Islam demi kepentingan politik.

“Mesej ini jelas kepada semua rakyat di negeri ini bahawa DAP-PKR telah gagal memelihara Melayu dan Islam, dan mereka wajib ditolak pada PRU akan datang,” tegasnya.

Advertisements

One thought on “Gagal Jawab PAS Pulau Pinang, Guan Eng Serang Hadi & Kelantan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s