Haram Kerjasama Dengan DAP Keputusan Majlis Syura PAS, Kata Dr Zuhdi

AIDCNews -01/02/17 –PAS tidak mungkin akan menjalin semula kerjasama dengan DAP kerana ia sudah diputuskan sebagai ‘haram’ oleh Majlis Syura Ulamak parti, kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

“Keputusan Majlis Syura (PAS) apabila menyatakan tiada tahaluf siyasi dengan DAP dan Amanah, maka keputusan itu melibatkan persoalan hukum dengan DAP.

“Tak boleh tahaluf dengan DAP, hukumnya tak boleh dengan DAP, haram dengan DAP. Tak mungkin akan patah balik,” katanya kepada Antarapos, hari ini.

Dr Zuhdi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan daripada Exco Kerajaan Negeri Selangor dari PAS, Datuk Yunus Hairi yang berkata PAS bersedia menjalin kerjasama dengan parti-parti pembangkang bagi menghadapi PRU 14.

Jelas Dr Zuhdi kenyataan Ahmad Yunus itu bukan merujuk kepada kerjasama dengan dua musuh politik PAS, iaitu DAP dan Amanah, namun parti-parti pembangkang yang lain.

“Setakat ini yang telah diputuskan oleh mesyuarat PAS Pusat dan yang diluluskan oleh Majlis Syura, kita masih dengan Gagasan Sejahtera.

“Tiada hubungan DAP, kita sudah putuskan hubungan dengan Amanah, maka tak mungkin kita bersama-sama DAP dan Amanah,” ujarnya lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s