Guan Eng Dicabar Keluarkan Data Sebenar Bantuan Kepada Pembangunan Bukan Islam

AIDCNews -02/02/17 –Oleh kerana Ketua Menteri Lim Guan Eng sering mencanang peningkatan bantuan kepada pembangunan Islam di negeri itu telah menimbulkan satu misteri berapakah bantuan sebenar diberikan kepada pembangunan bukan Islam di Pulau Pinang.

“Namun amat jarang beliau (Guan Eng) menunjukkan fakta bantuan kepada sekolah-sekolah mubaligh bukan Islam di Pulau Pinang.

“Apatah lagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah membuat perbandingan jumlah bantuan kepada sekolah-sekolah Islam dengan sekolah-sekolah mubaligh bukan Islam di Pulau Pinang,” dedah AIDCNews semalam.

Taktik sengaja mencanang data berkaitan pembangunan Islam dan dalam masa sama menyembunyikan data pembangunan bukan Islam pernah didedahkan oleh peguam dan aktivis ISMA, Mohd Luttfi Abdul Khalid.

Mohd Luttfi membandingkan taktik mencanang data-data pembangunan Islam di Pulau Pinang oleh Guan Eng dengan taktik menyembunyikan data-data pembangunan bukan Islam di Perak oleh Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin, ketika menjadi Menteri Besar negeri itu :

Geran 1000 Hektar Untuk 9 Sekolah Cina Perak Dan Dana RM15 Juta Untuk Sebuah Sekolah Ugama Pulau Pinang.

Sama ada secara kebetulan atau tidak, pendedahan pimpinan PAN negeri Perak Nizar Jamaluddin bahawa Kerajaan negeri Perak telah meng“anugerah”kan 1000 hektar (2471.05 ekar) tanah kepada 9 buah sekolah vernakular Cina swasta semasa beliau menjadi Menteri Besar pada tahun 2008 berlaku hampir serentak dengan berita persetujuan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menaja dan menanggung sepenuhnya kos berjumlah RM15 juta untuk projek pembangunan Pusat Pendidikan Al Itqan milik IKRAM (Itqan) di Teluk Kumbar Pulau Pinang.

Kerajaan negeri Perak pada ketika itu dikuasai oleh pihak DAP dan dipimpin oleh seorang Menteri Besar dari PAS yang lebih cenderung kepada DAP serta dianggap sebagai proksi kepada parti rasis cauvinis DAP di Perak. Diberitakan bahawa bekas Menteri Besar ini juga mempunyai pertalian melalui silsilah kekeluargaan dengan beberapa pemimpin DAP.

Manakala kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini diperintah dan dikuasai oleh parti rasis cauvinis yang sama.

Satu perbandingan yang sangat ketara ialah 9 buah sekolah vernakular Cina swasta tersebut mendapat tanah manakala Itqan mendapat peruntukan kewangan.

(http://misabah.blogspot.my/…/tanah-untuk-sekolah-cina-diken…).

Isu penganugerahan tanah yang begitu luas kepada sekolah vernakular Cina tidak mendapat liputan yang meluas pada masa itu. Bagaimanapun, oleh kerana Nizar Jamaluddin mengungkitkannya kembali di dalam satu ceramah kepada para pengundi Cina baru-baru ini, kita rasa terpanggil untuk menyentuhnya bilamana Nizar menyatakan bahawa sekiranya parti pembangkang menang, mereka akan meneruskan dasar tersebut.

(https://www.youtube.com/watch?v=xoKs7LtVHg8).

Ada beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh Nizar Jamaluddin dalam isu ini:

Adakah sekolah-sekolah ugama rakyat swasta di Perak juga diberikan tanah 1000 hektar untuk diusahakan dengan tanaman kelapa sawit bagi menampung kos operasi sekolah masing-masing?

Adakah pemimpin PAN yang sangat pro-DAP tersebut berani mengulangi kembali isu pemberian tanah 1000 hektar ini di hadapan audiens dan pengundi Melayu di Kuala Kangsar hari ini?

[Mungkin secara kebetulan, kerajaan China juga memohon tanah seluas 1000 ekar daripada kerajaan Sri Lanka untuk dijadikan zon pelaburan di daerah Hambantota pada awal tahun 2016. Sambil merujuk kepada pemberian satu blok tanah seluas 10,000 ekar kepada kerajaan China oleh kerajaan negeri Andhra Pradesh, Perdana Menteri Sri Lanka Ranil Wickremesinghe berkata bahawa Sri Langka akan kehilangan para pelabur sekiranya peluang ini tidak diambil.

(http://www.dailymirror.lk/105740/China-wants-acres-in-H-tota).]

Mari kita beralih pula ke isu dana/pembiayaan berjumlah RM15 juta kepada Itqan. Ramai Netizen telah menyentuh isu ini, termasuk Naib Presiden PAN sendiri, Ustaz Hasanudin Yunus (yang mempertahankan pemberian dana itu). Bagi para pemimpin Ikram atau bekas pemimpin mahupun ahli-ahli Ikram sendiri, tidak ada apa yang pelik tentang “niat suci” dan “ikhlas” dari kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai parti rasis cauvinis DAP untuk membantu sebuah sekolah agama di bawah kelolaan rangkaian sekolah-sekolah Ikram (Musleh) di bulan Ramadhan ini.

Ada di kalangan ahli-ahli Ikram yang menyambut berita ini dengan laungan Takbir di dalam sesetengah grup Whatsapp mereka). Malah ada yang cuba mengungkit upacara penyampaian “mock cheque” berjumlah RM200.000 oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Joseph Lim Guan Eng kepada wakil Aman Palestin Pulau Pinang (AP).

(Saya difahamkan bahawa sumbangan itu telah ditarik balik sebelum cek tersebut sempat dimasukkan ke dalam bank.Maksudnya, pemberian “mock cheque” di majlis rasmi benar-benar bertukar menjadi cek kosong. Menurut beberapa sumber, terdapat pihak yang telah menghasut Ketua Menteri supaya membatalkan pemberian tersebut dengan satu fitnah bahawa AP adalah milik ISMA yang kononnya baik dengan UMNO).

Seorang Netizen dan warga Singapura menyimpulkan dengan baik sekali:

“Rakyat Singapura sudah biasa dengan gula-gula sebegini. Diharap Rakyat Melayu-Muslim Malaysia berwaspada.”

Umat Islam dan bangsa Melayu Malaysia sudah lama mengenali sepak terajang, tipu muslihat, kelicikan, semangat anti-Islam, agenda rasis cauvinis sekular parti DAP. Musang berbulu ayam di satu ketika dan harimau pemangsa di ketika yang, mengikut keperluan dan strategi politik. Bisa mengkhadamkan, menggula-gulakan, mengadu domba, mencaturkan langkah-langkah politik pihak lain, mencampakkan bibit-bibit perpecahan hatta di kalangan teman-teman politik dan tidak segan silu dengan amalan baling batu sembunyi tangan.

Posing menarik yang kononnya mempamerkan sikap prihatin terhadap orang-orang Melayu yang ditimpa bencana (dengan posing menceduk nasi beriyani di bawah lantunan flash para pemberita), “membantu” seorang gadis Melayu Melaka, menyimpulkan muka serius dan ambil berat terhadap ugama Islam ketika mengumumkan “pemberian” bernilai RM15 juta … adalah satu skrip drama yang gagal meyakinkan umat Islam dan bangsa Melayu bahawa DAP bukan anti-Islam.

Pemimpin DAP yang telah memperdaya sebahagian umat Islam satu ketika dahulu dengan kenyataan ingin “mencontohi” Khalifah Umar Abdul Aziz adalah orang yang sama menyeru supaya kalimah Allah digunakan di dalam Bible.

Kumpulan yang pertama dan bersemangat sekali membantah Usul Presiden PAS di Parlimen untuk memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah Malaysia adalah pihak yang sama yang berikrar untuk meraikan kemenangan calon-calon PAN proksi-DAP dengan julangan arak.

Mereka sanggup “menggadaikan” ribuan ekar tanah kepada sekolah-sekolah vernakular (yang tidak ada peruntukan mengenainya di dalam Perlembagaan) akan tetapi memberikan saguhati segenggam tangan sahaja kepada sekolah-sekolah ugama rakyat. Malah ada di kalangan pemimpin parti rasis cauvinis DAP yang menggelarkan sekolah-sekolah ugama rakyat ini sebagai bersifat perkauman.

Cuba tanya para penceramah dan pendakwah bebas di Pulau Pinang tentang masjid-masjid dan surau-surau yang memboikot dan melarang mereka dari memberi ceramah atau kuliah di dalamnya sekiranya mereka dikenal pasti sebagai tidak sehaluan atau tidak bersetuju dengan parti rasis cauvinis DAP.

Umat Islam dan bangsa Melayu harus sentiasa perlu diberi peringatan bahawa DAP (termasuk juga MCA dan Gerakan) sama sekali tidak boleh diharapkan untuk mendaulatkan Islam. DAP sentiasa terkehadapan mewakili suara penentangan di setiap kesempatan atau isu yang melibatkan kepentingan umat Islam atau usaha mendaulatkan Islam di negara ini.

Justeru itu, ahli-ahli Ikram janganlah terasa teruja sangat dengan pemberian dana kepada Itqan Pulau Pinang. Liputan-liputan surat khabar beberapa hari sesudah itu hanya menampilkan agenda politik DAP semata-mata yang cuba menolak “persepsi” anti-Islam DAP, bukan lagi tentang Itqan.

Gambar beramai-ramai tentang persetujuan mendanai kos pembangunan bangunan baru Itqan hanyalah satu “publicity stunt” DAP yang berjaya.

Di Perak, sembilan buah sekolah swasta Cina telahpun mendapat 2471.05 ekar tanah ketika DAP memerintah Perak, manakala RM15 juta akan disalurkan melalui kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan projek pembangunan Itqan di atas tanah milik individu.

Dan dana ini hanya untuk sebuah sekolah ugama swasta sedangkan sekolah-sekolah ugama rakyat lain di Pulau Pinang hanya boleh bermimpi sahaja untuk mendapat perhatian (apatah lagi peruntukan sebanyak itu) dari kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini.

Parti rasis cauvinis DAP sedang tenat sekarang ini setelah PAS memisahkan diri dari gabungan parti-parti pembangkang. Mereka perlukan satu “proksi” baru untuk menjadi alat “buffer” (penampan) DAP dengan dwi-fungsi – mempertahankan serangan terhadap DAP dan menjadi “jurubicara” baru dalam perkara-perkara yang menyentuh Islam atau umat Islam.

Mereka juga perlu kepada “pembela” DAP setelah gagal menundukkan PAS dan memastikan tidak ada sebarang penentangan dari kumpulan Islamis, atau setidak-tidaknya mengurangkan tekanan dari kumpulan-kumpulan ini.

Apa yang DAP telah berjaya lakukan adalah menyediakan laluan (dan mungkin dana) bagi pembentukan parti politik baru yang dapat meneruskan agenda mereka secara tidak langsung.

Kemunculan PAN (yang digerakkan sebahagian besar oleh ahli-ahli Ikram) telah memenuhi dan menyempurnakan strategi besar DAP.

Kebetulan pula, pembentukan sebuah parti politik baru untuk membawa imej Islam (versi non-PAS) merupakan perancangan IRC/JIM/Ikram yang didokumentasi dengan nama Grand Design, yang bukti bercetaknya dikantoikan oleh salah seorang pimpinan Ikram (JIM) sendiri satu masa dahulu.

Bagaimanapun, “nothing comes free. Everything has a price”, kata orang puteh.

Ikram (dan PAN) selepas ini tidak akan dapat melepaskan diri dari persepsi kuat di kalangan masyarakat bahawa mereka adalah “proksi” kepada DAP walau bagaimana kuat dan bersungguh-sungguh sekali ahli-ahli Ikram cuba menafikan atau memadamkannya.

Dan DAP sendiri akan tetap dengan ideologinya. Memperjuangkan kepentingan umat Islam pastinya tidak termasuk di dalam kerangka ideologi tersebut.

Justeru itu, DAP mesti dihalang dari menjejakkan diri di Putrajaya. Sama ada menolak mereka di peti undi (termasuk menolak calon-calon proksi mereka) ataupun memberi perlawanan sengit terhadap agenda anti-Islam DAP disetiap kesempatan, medan, media dan perancangan.
Tidak ada pilihan lain.

#tolakDAP
#tolakPAN
#tolakproksiDAP

Advertisements

One thought on “Guan Eng Dicabar Keluarkan Data Sebenar Bantuan Kepada Pembangunan Bukan Islam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s