Modus Operandi DAP Anti-Islam Sudah Termaktub Dalam Perlembagaan Parti – Dr Puad

samanAIDCNews -02/02/17 ā€“ Gerak kerja DAP secara umumnya bersifat anti-Islam berpunca daripada perlembagaan parti itu yang meletakkan asas menegakkan sebuah negara sekular sebagai hala tuju perjuangan parti, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata demikian sebagai mengupas rencana Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia di Berita Harian bertajuk “Saman DAP anti-Islam dedah belang parti cauvinis

“Seperti yang dihujahkan oleh Dr Kamarul, semuanya merujuk kepada Perlembagaan DAP itu sendiri. Matlamat DAP ialah untuk “mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal”.

“Lebih jelas lagi Perlembagaan DAP langsung tidak mengandungi sebarang pengiktirafan ke atas peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bahawa “Islam adalah agama Persekutuan”. Perlembagaan DAP hanya mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi.

“Sikap Lim Kit Siang dan DAP ini terserlah dalam banyak contoh seperti isu azan, isu khutbah jumaat termasuk kenyataan Tony Pua pada 15 Febuari 2014 yang mempersoalkan larangan ke atas umat Islam menyambut hari Valentine. Lebih melampau ialah kenyataan Ngeh Koo Ham di Dewan Rakyat pada 11 Jun 2014, supaya orang Islam diberikan kebebasan untuk murtad,”katanya dalam Facebook.

Dr Puad berkata sewajarnya Pendaftar Pertubuhan meneliti perkara ini dan menghantar surat tunjuk sebab terhadap DAP kerana matlamat dan aktiviti parti itu tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan terutamanya Perkara 3(1).

“Justeru jika Lim Kit Siang kekal mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri, dia mestilah berani mengubah Perlembagaan DAP yang dianggap sebagai “anti Islam” itu.

“DAP membawa slogan “ubah” dalam PRU ke 13. Maka DAP wajar dicabar oleh Tun M, TS Muhyiddin Yassin, Mad Sabu dan Anwar Ibrahim untuk “mengubah” Perlembagaan DAP itu.

“Jika mereka bacul, benarlah Lim Kit Siang memang “Ketua De Facto Pakatan Rakyat”,”katanya lagi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s