PAN Gesa PPBM Segera Lapor Kepada PH Hasil Pertemuan Dengan PAS

AIDCNews -02/02/17 –Oleh kerana PPBM sudah terikat melalui satu perjanjian dengan Pakatan Harapan (PH), maka parti itu melaporkan kembali kepada PH hasil pertemuan dengan PAS semalam, kata Setiausaha Agung PAN, Mohd Anuar Tahir.

Ini kerana kata Mohd Anuar, PPBM yang sudah terikat dengan PH terlebih awal tidak boleh mengadakan sebarang perjanjian dengan pihak lain tanpa restu daripada gabungan parti DAP, PKR dan PAN.

“Parti Amanah Negara mengambil maklum laporan media berhubung pertemuan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAS yang telah berlangsung semalam.

“AMANAH secara konsisten menjunjung semangat muafakat yang telah disepakati bersama dalam perjanjian persefahaman yang ditandatangani antara Pakatan Harapan dan PPBM sebelum ini bahawa sebarang perundingan bilateral dengan pihak lain perlu dilapor kembali.

“Sehubungan itu, AMANAH mengharapkan PPBM segera melaporkan kepada ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan berhubung keputusan yang telah dicapai melalui pertemuan PAS itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 13 Disember tahun lalu, PPBM telah mengikat perjanjian dengan PH dalam satu bentuk perjanjian bertulis di di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya, Selangor.

Perjanjian itu ditandatangani empat pimpinan tertinggi mewakili parti masing-masing, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM), Lim Guan Eng (DAP), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR) dan Mohamad Sabu (PAN).

Hadir sama pimpinan tertinggi mewakili keempat-empat parti tersebut.

mou1

azmin2
azmin1
azmin

Sementara itu, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin berdoa agar pertemuan PAS-PPBM semalam akan merintis jalan ke arah pembentukan muafakat politik yang lebih kukuh antara parti-parti pembangkang.

“BERSATU sebelum ini telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan dan kerjasama ini akan diteruskan.

“Persefahaman yang dicapai dengan PAS ini akan melengkapkan usaha ke arah mewujudkan muafakat politik antara parti-parti pembangkang dan InsyaAllah akan memperkukuhkan lagi kedudukan parti-parti pembangkang menjelang PRU-14,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan hari ini.

Muhyiddin turut berdoa agar hasil pertemuan PPBM-PAS semalam diterjemahkan dalam satu bentuk penjanjian bertulis di antara beliau dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam masa terdekat.

“Saya berdoa semoga perjanjian BERSATU-PAS akan dapat dimeterai oleh saya dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, dalam tempoh beberapa hari akan datang,” katanya.

Advertisements

2 thoughts on “PAN Gesa PPBM Segera Lapor Kepada PH Hasil Pertemuan Dengan PAS

  1. ..kecuali DAP sahaja yang boleh duduk berunding dengan PAS atau MCA atau Gerakan tanpa mendapat kebenaran serta memaklumkan kepada PH terlebih dahulu.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s