PAS Belum Buat Keputusan Kerjasama Dengan PPBM

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui parti itu mengadakan perjumpaan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tetapi belum memutuskan sama ada untuk bekerjasama.

Katanya, perjumpaan membabitkan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu diadakan di ibu negara, semalam.

“Saya belum menerima laporan hasil daripada perjumpaan itu tetapi apa yang pasti, keputusan untuk bekerjasama belum dimuktamadkan.

“PPBM yang minta berjumpa dan PAS menghantar Tuan Ibrahim, tetapi hasil daripada perjumpaan itu belum dilaporkan,” katanya ketika ditemui selepas hadir pada Majlis Jamuan Sempena Tahun Baharu Cina anjuran PAS Kawasan Kuala Terengganu di Jalan Banggol di sini, petang ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar dan ADUN Chukai, Hanafiah Mat.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, keputusan sama ada akan bekerjasama dengan PPBM akan dibuat Jawatankuasa PAS Pusat selepas menerima hasil laporan pertemuan itu.

“Setakat ini, saya mengesahkan memang ada pertemuan antara PAS dan PPBM tetapi saya belum terima sebarang maklumat hasil daripada perjumpaan itu,” katanya – BH

Advertisements

One thought on “PAS Belum Buat Keputusan Kerjasama Dengan PPBM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s