Belum Ada Keputusan Muktamad Dibuat Berkenaan Hubungan PAS-PPBM, Kata Tuan Ibrahim

tuan-ibrahimAIDCNews -03/02/17 –Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan delegasi PAS yang diketuainya telah membuat keputusan muktamad berkaitan hubungan dengan PPBM sepertimana kenyataan bersama yang dikeluarkan beliau dan Timbalan Presiden PPBM kelmarin.

Menurutnya, kenyataan bersama itu bukan keputusan muktamad, namun ia sekadar makluman sahaja.

“Kenyataan tersebut (yang bertarikh 1/2/2017) hanyalah memaklumkan pertemuan antara kedua-dua pihak telah diadakan pada tarikh tersebut dan tiada sebarang keputusan muktamad dibuat mengenai hubungan PAS-PPBM.

“Delegasi PAS yang diketuai Timbalan Presidennya telah diberi mandat sebagai Jawatankuasa Perunding sahaja dan tidak mempunyai mantat untuk membuat sebarang keputusan” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Tambahnya, segala cadangan hasil perbincangan itu akan dikaji dan diteliti oleh Jawatankuasa Teknikal Bersama seterusnya akan dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat untuk diputuskan.

“Sebagaimana amalan dalam semua kerjasama politik (tahaluf siyasi) yang dibuat sebelum ini, begitulah juga dalam hubungan dengan PPBM, PAS akan menyerahkan kepada Majlis Syura Ulamak PAS, iaitu sebuah badan tertinggi yang akan memandu parti, bagi membuat keputusan tentang kerjasama politik dengan meneliti terutamanya aspek syarak, sama ada ianya boleh diteruskan atau sebaliknya,”katanya lagi.

surat-tn-ibrahim

Advertisements

3 thoughts on “Belum Ada Keputusan Muktamad Dibuat Berkenaan Hubungan PAS-PPBM, Kata Tuan Ibrahim

  1. Pandangan saya.. Kerjasama hanya boleh dijalankan jika PPBM menolak tahaluf dgn DAP-PAN. Jika PAS bersama PPBM sama erti PAS memberi undi atau kerusi kepada DAP-PAN secara percuma. Yg untung besarnya DAP-PAN. PAS ibarat hanya menang sorak. Kena faham situasi PPBM yg diibarat parti desperate yg mahu kuasai pembangkang tapi tiada kekuatan. Mereka sanggup lakukan apa shj demi mendpt sokongan segera. Jika PAS diletakkan dibawah Tun M atau PPBM taraf PAS sama dgn PAN dibawah DAP. Sekadar kuda tunggangan.

    Like

  2. Mengapa Tuan Ibrahim yg hadhir dalam pelancaran tu,bukan TG Hj Hadi seperti yg dirancang?.Adakah ini usaha utk merapatkan TI dgn PM Najib dan Umno yg sentiasa di cuit oleh TI,atau TGHH ada halangan lain?.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s