Pertemuan PPBM & PAS : Mukhriz Sudah Lapor Kepada Saya, Kata Guan Eng

AIDCNews -03/02/17 –Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah melaporkan kepadanya berhubung dengan PAS pada Rabu.

Guan Eng berkata Mukhriz berjumpa dengannya semasa menghadiri di Rumah Terbuka Pakatan Harapan di Alor Setar, Kedah malam semalam dan menjelaskan berkenaan pertemuan dengan PAS itu kepadanya.

Mukhriz didakwa telah memberitahu Guan Eng bahawa beliau keliru dengan percanggahan kenyataan di antara Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengetuai delegasi PAS bertemu dengan PPBM dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak hadir dalam pertemuan tersebut.

“Mukhriz seolah-olah keliru berhubung perkara itu, kita (Pakatan Harapan + PPBM) akan membincangkannya pada 7 Februari apabila kita berjumpa di Kuala Lumpur,” katanya kepada portal Malaysiakini.

Guan Eng berkata kekeliruan timbul apabila Abdul Hadi dipetik dalam akhbar New Straits Times sebagai berkata, “Sebarang keputusan rasmi perlu secara kolektif dibuat oleh jawatankuasa pusat PAS dan bukan oleh seorang individu”.

Sedangkan dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan Tuan Ibrahim dan Mukhriz menyebut kedua-dua pihak telah bersetuju untuk membentuk satu “jawatankuasa induk” bagi membincangkan kerjasama dalam PRU14.

Justeru itu, Guan Eng agar sesuatu keputusan muktamad dibuat secepat mungkin, sama ada PAS mahu bekerjasama dengan PPBM atau tidak.

“Kami berharap untuk mendengar keputusan itu pada kadar segera, dan bukan hanya melalui media, kerana kita adalah sekutu, dan ini menjadi amalan Pakatan Harapan,” katanya lagi.

Belum Ada Keputusan Muktamad Dibuat Berkenaan Hubungan PAS-PPBM, Kata Tuan Ibrahim

PAS Belum Buat Keputusan Kerjasama Dengan PPBM

PAN Gesa PPBM Segera Lapor Kepada PH Hasil Pertemuan Dengan PAS

Advertisements

One thought on “Pertemuan PPBM & PAS : Mukhriz Sudah Lapor Kepada Saya, Kata Guan Eng

  1. Dah jelas… DAP yg menguasai pakatan haram pembangkang… melayu2 dalam pakatan tu hanya penjilat lobang taik DAP je… kalau DAP nak jumpa mana2 pihak depa tak perlu lapor pun kpd rakan2 dalam PH

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s