Zaid Bakal Sertai DAP Minggu Depan

PETALING JAYA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim akan menyertai DAP pada minggu depan, kata sumber parti itu.

Zaid sering dikaitkan bakal kembali aktif di pentas politik dan DAP dilihat sebagai parti yang disertainya.

Berdasarkan jemputan yang diedarkan, Zaid akan menghadiri sidang media di Kelab Diraja Selangor, Kuala Lumpur pada Selasa.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga akan hadir dalam majlis tersebut begitu juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook enggan mengesahkan sama ada Zaid akan menyertai DAP dengan berkata beliau hanya menyedari maklumat mengenai sidang media itu kerana ia dianjurkan ‘orang Zaid’.

“Namun saya boleh sahkan majlis itu akan berlangsung pada Selasa,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Zaid yang tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen, dikatakan akan terus mengunci mulut mengenai keputusannya menyertai DAP minggu depan.

Dilantik sebagai menteri undang-undang pada Mac 2008, Zaid meletak jawatan daripada kabinet enam bulan selepas mengkritik Akta Keselamatan Dalam Negeri yang digunakan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok (DAP), wartawan Tan Hoon Chen dan penulis blog Raja Petra Kamaruddin.

Beliau kemudiannya digantung oleh Umno pada akhir tahun itu dan menyertai PKR pada Jun 2009 – Mstar

Khairuddin, Zaid Sertai DAP Bakal Jadi Calon PRU-14 ?

Advertisements

One thought on “Zaid Bakal Sertai DAP Minggu Depan

  1. Makin bergelombanglah dalam DAP.Dalam Umno buat hal,dalam PKR buat hal ,dalam parti sendiri pun,buat hal,tak berparti pun buat hal,dalam DAP nanti tentu dia buat hal juga.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s