Campur Tangan Terhadap Proses Pemfatwaan adalah Benar, Bukan Fitnah – Ketua Pemuda PAS P.Pinang

1. Sebagai seorang bekas Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang (sehingga Disember 2015), saya menegaskan bahawa kenyataan wujudnya campur tangan politik terhadap proses pemfatwaan adalah benar dan bukan fitnah yang direka.

2. Hal campur tangan politik ini sebenarnya pernah dibincangkan di dalam salah satu Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada tahun 2015. Salah seorang ahli mesyuarat yang hadir ketika itu ialah Sohibul Fadhilah Us Hj Soid Mohd Amin (difahamkan sekarang beliau merupakan salah seorang AJK Parti Amanah Negara negeri P.Pinang). Selain beliau, ahli mesyuarat yang lain turut hadir mengikuti perbincangan tersebut.

3. Ketika PAS bersama dalam Pakatan Rakyat P.Pinang, isu ini juga pernah dibincangkan di dalam Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri P.Pinang ketika Tuan Hj Mohd Sabu menjadi Pesuruhjaya PAS P.Pinang. Mesyuarat itu dipengerusikan sendiri oleh Tuan Hj Mohd Sabu yang juga merupakan Timbalan Presiden PAS ketika itu. Mesyuarat bersetuju supaya Tuan Hj Mohd Sabu sendiri mewakili PAS bagi menyuarakan bantahan melalui saluran dalaman Pakatan Rakyat.

4. Perlu diingatkan semua pihak, dalam apa jua keadaan, kepentingan Islam hendaklah mengatasi kepentingan politik. Berasaskan prinsip inilah PAS P.Pinang mengambil tindakan membangkitkan isu campur tangan politik terhadap proses pemfatwaan, untuk meletakkan institusi mulia seperti Jawatankuasa Fatwa Negeri pada tempat yang sepatutnya dan bebas daripada sebarang campur tangan politik mana-mana pihak.

5. Oleh itu, perlu difahami bahawa isu ini dibangkitkan bukan bertujuan untuk memusuhi pihak berkuasa agama, atau pihak pentadbir Kerajaan Negeri, bahkan jauh sama sekali untuk bertentangan dengan pihak Mufti Negeri P.Pinang atau para alim ulama di dalam Jawatankuasa Fatwa Negeri P.Pinang sekarang.

6. Namun, jika pihak Exco Agama Kerajaan Negeri P.Pinang tetap berkeras mendakwa bahawa kenyataan ini adalah satu fitnah, beliau sepatutnya berani mengambil tindakan undang-undang terhadap PAS P.Pinang.

Sekian, terima kasih.

AFNAN HAMIMI DATO’ TAIB AZAMUDDEN
Ketua Pemuda PAS Negeri P.Pinang

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s