Kerajaan DAP-PKR Dibidas Konon Bina Hospital Patuh Syariah Pertama

GEORGE TOWN – Semua hospital, klinik serta fasiliti kesihatan kerajaan di negara ini adalah patuh syariah, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Katanya begitu juga dengan segala yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hampir sepenuhnya mematuhi kehendak syariah.

Justeru, kata Dr. Hilmi yang juga Anggota Parlimen BN Balik Pulau, beliau agak terperanjat dengan kenyataan kerajaan DAP Pulau Pinang yang konon mahu membina sebuah hospital patuh syariah pertama di Malaysia.

“Nampaknya exco itu tidak tahu atau sengaja hendak menafikan usaha yang telah dibuat KKM selama ini untuk memastikan semua hospital, klinik, fasiliti kesihatan kerajaan patuh syariah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Pengguna Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abul Kassim yang dilaporkan berkata hospital itu dibina di atas tanah milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang di Bayan Baru.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Dr. Hilmi menjelaskan, susulan kenyataan exco PKR pada November lalu itu, beliau mendapatkan pandangan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung maksud patuh syariah.

Berdasarkan pencerahan Jakim, beliau berpandangan semua yang dibuat oleh KKM hampir sepenuhnya mematuhi kehendak syariah merangkumi pakaian seragam staf serta amalan standard di wad pesakit termasuk wad bersalin.

Bagi wad bersalin, Dr. Hilmi berkata kini si bapa yang beragama Islam dibenar untuk mengazankan atau qamat anaknya yang baharu dilahirkan.

“Cuma kalau hendak pilih doktor perempuan untuk kendali ibu bersalin belum boleh lagi kerana kita belum capai jumlah cukup doktor perempuan,” katanya menambah doktor perempuan kurang berminat bidang sakit puan kerana ia amat mencabar.

Selain itu Dr. Hilmi berkata semua ubat dan vaksin yang digunakan oleh KKM juga adalah halal.

“Yang tidak halal cuma rotavirus untuk pencegahan penyakit cirit-birit dan itu pun ia tidak dibeli oleh KKM. Ia hanya terdapat di hospital atau klinik swasta tertentu sahaja.

“Untuk pastikan sesuatu vaksin benar-benar bebas daripada ada unsur khinzir, bahagian farmasi KKM buat pemeriksaan DNA dan pastikan tidak ada DNA khinzir,” katanya.

Katanya jika ubat dan vaksin dikeluarkan dalam negara, pengeluar wajib mendapatkan pensijilan halal Jakim dan pengeluaran pula dilakukan oleh kilang berstatus Amalan Pengilangan Baik (GMP).

Dr Hilmi juga mendedahkan ramai pakar pembedahan beragama Islam melaksanakan amalan dianjur Islam iaitu menunaikan solat sunat sebelum memulakan pembedahan selain menjamak solat fardu jika pembedahan dijangka mengambil masa lama.

Selain itu, beliau berkata KKM juga telah melancarkan Kempen Hospital Mesra Ibadah tiga tahun lalu dengan pembimbing ditempatkan di hospital tertentu bagi mengajar cara sembahyang kepada pesakit walaupun dalam keadaan terlantar.

“Oleh itu, jika exco kerajaan negeri mahu mendakwa kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP adalah yang pertama akan membina hospital patuh syariah di Malaysia, tengok-tengoklah dahulu apa yang telah kami buat di KKM,” katanya.

Media melaporkan hospital patuh syariah dikenali Hospital Islam Pulau Pinang yang akan dibina oleh kerajaan DAP Pulau Pinang dengan kos RM280 juta itu dijangka beroperasi pada 2020. – BERNAMA

Advertisements

One thought on “Kerajaan DAP-PKR Dibidas Konon Bina Hospital Patuh Syariah Pertama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s