PAS Dedah Bagaimana Kerajaan DAP-PKR Campuri Proses Fatwa Pulau Pinang

hazAIDCNews -04/02/17 –Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim mendedahkan dua kaedah yang digunakan Kerajaan DAP-PKR yang mentadbir kerajaan negeri campur tangan dalam proses fatwa di negeri itu.

Menurutnya, kaedah pertama yang digunakan adalah campur tangan selepas fatwa digazet, contohnya dalam kes fatwa kalimah Allah.

“Campur tangan SELEPAS gazet setelah mendapat Perkenan Agong.

“Isu Kalimah Allah (2010). Fatwa dah digazet Lim Guan Eng minta tarik balik. Exco Agama (dari PKR) arahkan Jabatan Fatwa Negeri tarik balik.

“Campur tangan ni LEPAS fatwa digazet,” dedahnya dalam Facebook.

Manakala kaedah kedua adalah sebelum sesuatu fatwa itu digazetkan.

“Campur tangan SEBELUM gazet (iaitu) sebelum dipersembahkan kepada Agong.

“Exco arahkan semua fatwa kena lalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebelum (dipersembahkan) kepada Agong.

“Campur tangan ni SEBELUM ke Agong. Dan berterusan hingga hari ini,” dedahnya.

Tambah Iszuree, sesuatu fatwa yang telah digazetkan mempunyai kesan undang-undang dan wajib dipatuhi oleh seluruh umat Islam di Pulau Pinang.

“Maknanya bila dah gazet, wajib ikut. Kalau tak ikut boleh didakwa.

“Dalam isu ni, DAP-PKR dah halang hukum-hakam Islam.

“Satu penghinaan terhadap Institusi Fatwa, Mufti, Agong, undang-undang Islam dan seluruh umat Islam,”katanya lagi.

PAS Pertahan Dakwaan Kerajaan DAP-PKR Campuri Proses Fatwa Pulau Pinang

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s