DAP Anti-Islam : Bekas Naib Presiden DAP Setuju Kenyataan Presiden PAS


AIDCNews -06/02/17 –Bekas Naib Presiden DAP, Zulkifli Mohd Noor bersetuju dengan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Awang yang menegaskan bahawa DAP adalah sebuah parti yang anti-Islam.

“Apa yang Hadi katakan benar bahawa (DAP Pulau Pinang) sebagai anti-Islam dan tidak suka Islam. Bila mereka marah atau hentam PAS, bukan kerana marah PAS, sebaliknya tahu PAS parti Islam, mereka hentam PAS kerana benci PAS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulkifli yang juga Presiden Parti Altenatif Rakyat (PAP), menyelar sikap pemimpin-pemimpin Melayu dan Islam dalam DAP di Pulau Pinang yang ‘tutup mata’ dalam isu campur tangan kerajaan negeri dalam proses penfatwaan.

“Pemimpin Islam di dalam DAP dan kerajaan Pulau Pinang, mereka seolah-olah bisu, seolah-olah tidak ada mata, telinga dan mulut.

“Tak boleh bercakap, melihat dan dengar. Inilah pemimpin yang ada iaitu sekadar pak turut, dan sekadar cari makan. Tak pernah berjuang untuk agama, bangsa dan rakyat,” katanya.

Campur tangan kerajaan DAP, yang dipimpin Lim Guan Eng itu juga didakwa bertentangan dengan Seksyen 48 enakmen yang menjelaskan kesemua fatwa yang dikeluarkan di negeri berkenaan perlu dipersembahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Isu tentang fakwa, sepatutnya selepas diluluskan di Majlis Fatwa terus sampai ke Yang di-Pertuan Agong. Ini tidak, mereka mahu ia dibentang dan ditapis di peringkat kerajaan negeri.

“Ini menunjukkan jika kerajaan negeri tak setuju maka Yang di-Pertuan Agong pun tidak tahu apa yang difatwakan. Maka ini satu tindakan yang memudaratkan Islam dan tidak menghormati, malah mahu memusnahkan agama Islam di Pulau Pinang.

“Mereka hanya membuktikan mereka suka mengambil tahu tentang agama-agama lain, terutamaya agama Islam, tentang kalimah Allah, tentang fatwa dan sebagainya. Tindak-tanduk pentadbiran mereka jelas sebagai anti-Islam,” tambah Zulkifli.

fatwa

4-perkara

pas-dap

Advertisements

2 thoughts on “DAP Anti-Islam : Bekas Naib Presiden DAP Setuju Kenyataan Presiden PAS

  1. watak DAP yg anti Islam memang dah jelas sejak dulu lagi… cuma yg bodohnya ada juga melayu2 bebal dalam DAP PKR PAN PPBM yg terhegeh2 nak jadi penjilat lobang najis kafir2 DAP laknatullah tu…

    Like

  2. Masya Allah !!!

    Sudah diketahui sejak berzaman akan hati perut dan siapa sebenarnya DAP, akan tetapi kita membiarkan mereka bermaharalela dengan segala sifat, sikap dan sepak terajang serta kesombongan mereka dalam meniti ke puncak kuasa terutamanya terhadap Islam dan umat Melayu.

    Meneliti dan mencerakin akan segala ‘kejahatan’ mereka, adalah satu kewajaran dan keperluan untuk pihak berkuasa membatalkan dan mengharamkan kewujudan dan pendaftaran parti yang dilabel banyak pihak sebagai rasis dan cauvinis itu.

    Sudah terlalu banyak dan bertimbun ‘dosa’ yang mereka lakukan terhadap kesejahteraan negara ini khususnya terhadap Islam dan umat Melayu seperti Tragedi Berdarah13 Mei 1969, maka kenapa perlu untuk dilengah-lengahkan tindakan menamatkan riwayat parti yang membawa kecelakaan kepada semua sama ada bangsa khususnya Melayu, agama terutamanya Islam dan juga negara.

    Kenapa kes-kes yang membabitkan mereka sering dilengah-lengahkan seperti Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Pusat yang melibatkan pimpinan utamanya dan sehingga kini entah apa ceritanya menyebabkan kedudukan mereka yang sepatutnya batal atau tidak sah masih berada di puncak kepemimpinan parti. Kedudukan mereka yang sewajarnya dipertikaikan kesahihannya setelah krisis juga bertambah teguh dan kuat malah diberikan ruang yang cukup luas dan besar untuk melalak dan melolong tanpa adab susila mengecam apa dan siapa jua terutamanya kepemimpinan negara yang berbeza pendapat dan idealismenya. Seolah-olah hanya mereka sajalah yang betul dalam semua hal. Langsung tiada sifat mulia dan bertanggungjawab selaku pembangkang yang berwibawa lagi dihormati bagi ‘check and balance’.

    Apakah kita belum jelas akan segala agenda yang mereka rancangkan ?

    Ingat dan awaslah wahai Melayu, jangan engkau biarkan Tragedi Temasek berulang ! Engkau akan dikutuk sepanjang zaman…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s