Gambar AIDCNews Jadi Rujukan Portal Singapura

Empat tokoh yang dianggap oleh pihak keselamatan British  sebagai ‘open front leader’ Parti Komunis Malaya (PKM). Dari kiri; Lim Chin Siong, S. Woodhull, Fong Swee Suan dan Devan Nair
Empat tokoh yang dianggap oleh pihak keselamatan British sebagai ‘open front leader’ Parti Komunis Malaya (PKM). Dari kiri; Lim Chin Siong, S. Woodhull, Fong Swee Suan dan Devan Nair
AIDCNews -06/02/17 – Sebuah portal Singapura, mothership.sg hari ini menyiarkan sekeping foto (di atas) yang diambil dari salah satu artikel laman ini.

Gambar yang menunjukkan Devan Nair dan Fong Swee Suan yang dipetik dari artikel “Singapura Sudah Berminat Lima Negeri Tanah Melayu Sejak 1964” ia disiarkan semula di portal portal mothership.sg dalam satu rencana bertajuk “Sons of Lee Kuan Yew and Devan Nair pay tributes to late opposition leader Fong Swee Suan.”

Foto itu diambil sebagai memperingati kematian Fong, pada Sabtu, 4 Feb ketika berusia 85 tahun.

Fong dan Davan Nair merupakan beberapa tokoh berhaluan kiri dari kesatuan sekerja Singapura yang bersama-sama Lee Kuan Yew menubuhkan sebuah parti yang dinamakan PAP (Parti Tindakan Rakyat) di Singapura pada 21 November 1954.

Pengasas PAP 1954; Devan Nair, Lee Kuan Yew dan Fong Swee Suan. Barisan belakang, dari kiri; Tan Wee Keng, Devan Nair, S. Sockalingam, Lee Kuan Yew, Ong Eng Guan, Fong Swee Suan. Barisan depan, dari kiri; Lee Gek Seng, Mofrandi bin Haji Mohd Noor, Toh Chin Chye, Ismail Rahim dan Chan Chiaw Thor.
Pengasas PAP 1954; Devan Nair, Lee Kuan Yew dan Fong Swee Suan. Barisan belakang, dari kiri; Tan Wee Keng, Devan Nair, S. Sockalingam, Lee Kuan Yew, Ong Eng Guan, Fong Swee Suan. Barisan depan, dari kiri; Lee Gek Seng, Mofrandi bin Haji Mohd Noor, Toh Chin Chye, Ismail Rahim dan Chan Chiaw Thor.

Dengan bantuan kumpulan berhaluan kiri sosialis Singapura, Fong, Devan Nair dan Lim Chin Siong, Kuan Yew telah diatur mengadakan pertemuan rahsia dengan pemimpin Komunis bawah tanah Singapura, Fang Chuang Pi, yang lebih dikenali sebagai Plen.

Sokongan komunis hasil pertemuan Kuan Yew-Plen menyebabkan PAP memenangi 43 daripada 51 kerusi Dewan Perundangan Singapura yang pilihan rayanya diadakan pada 1 Jun 1959.

Kuan Yew yang juga Setiausaha Agung PAP dilantik sebagai Perdana Menteri Singapura pada 5 Jun 1959 selepas kemenangan besar itu.

Devan Nair, Fong dan Lim yang ditahan tanpa bicara di bawah Akta Pemeliharaan Keselamatan Awam kerana disyaki terlibat dengan anasir komunis dibebaskan Kuan Yew dan telah diberi peranan strategik dalam kerajaan Singapura selepas pembebasan mereka.

Walaupun Devan Nair, Fong dan Lim mempunyai ideologi yang sama, berhaluan kiri dan pro komunis, namun pada 1961 mereka berubah mengikut haluan masing-masing.

Pada tahun itu, Fong dan Lim bertindak keluar daripada PAP dan menubuhkan parti Barisan Sosialis Singapura, manakala Devan Nair kekal berpihak kepada Kuan Yew dalam PAP.

Pada 2 Februari 1963, Kuan Yew menangkap Fong dan Lim di bawah tahanan tanpa bicara yang dinamakan Operasi ‘Cold Store’.

Manakala Devan Nair telah diutus ke Semenanjung Tanah Melayu untuk mengembangkan PAP melalui penyertaan calon-calon PAP dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Kedua pada tahun 1964.

Pada PRU itu, hanya Devan Nair sahaja yang menang di Parlimen Bangsar, daripada sebilangan calon PAP yang bertanding di lima negeri fokus PAP Tanah Melayu, iaitu Selangor, Pulau Pinang, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Apabila Singapura berpisah dengan Malaysia pada tahun 1965, PAP telah dibatalkan pendaftarannya kerana ia merupakan sebuah parti dari luar.

Satu-satunya wakil tunggal PAP Devan Nair berusaha menghidupkan semula PAP dengan mendaftar sebagai PAP Malaya, namun ditolak pendaftar pertubuhan (ROS).

Usaha Devan Nair akhirnya berjaya apabila menggugur perkataan ‘people’ (People Action Party) diganti dengan perkataan ‘democratic’ (Democratic Action Party) atau DAP yang diluluskan pendaftaran sebagai pertubuhan politik pada 19 Mac 1966.

Running Dog Kuan Yew

Devan Nair dianggap sebagai ‘running dog’ untuk mengembangkan pengaruh PAP (kemudian dikenali sebagai DAP) di Semenanjung Tanah Melayu.

Selepas DAP ditubuhkan di Malaysia berlaku peralihan pimpinan parti itu, di mana Devan Nair yang menjadi Setiausaha Agung DAP telah dipujuk kembali semula ke Singapura, manakala seorang ‘bekas pegawai daripada Jabatan Maklumat Singapura’ telah dihantar ke Malaysia untuk mengetuai parti baharu warisan PAP itu.

“Walaupun C V Devan Nair merupakan Wakil Rakyat bagi kawasan undi Bangsar tetapi beliau sering membantu PAP di Singapura. Semasa memegang jawatan Wakil Rakyat Bangsar, C V Devan Nair telah meninggalkan kawasan undinya, (Bangsar) dan lari ke Singapura bagi membantu PAP dalam usaha parti itu (PAP) melicinkan pergerakan kesatuan buruh di sana. Kawasan undi Bangsar di tinggalkan dengan tidak ada pengawasan dari DAP.

“Melihat dan menimbang DAP di Malaysia tidak ada yang menangani dan mentadbirkannya maka pucuk kepimpinan PAP di Singapura telah mengarahkan salah seorang pemberita di Straits Times Singapura ke Malaysia bagi mengetuai dan menguruskan DAP. Beliau adalah Lim Kit Siang,” dedah blog Mansor Boyan.

Setelah kembali di Singapura, watak Devan Nair di’bunuh’ dengan tuduhan ketagihan arak dan kaki betina.

Running dog PAP, S Rajaratnam (kiri) melaporkan kepada Kuan Yew (kanan)
Running dog PAP, S Rajaratnam (kiri) melaporkan kepada Kuan Yew (kanan)

Kit Siang dianggap ‘bekas pegawai daripada Jabatan Maklumat Singapura’ kerana jawatan terakhirnya di Singapura sebelum berpindah ke Malaysia pada tahun 1966 adalah pegawai media di Kementerian Kebudayaan Singapura di bawah pimpinan S. Rajaratnam.

“Di penghujung tahun 1963, saya bertukar ke Televisyen Singapura sebagai pemberita. Setelah itu, saya ditukarkan ke bahagian akhbar Kementerian kebudayaan dan diberi tugas menangani media.

“Pendek kata masa saya di Singapura diluangkan untuk kerja-kerja berkaitan kesatuan dan mengambil tahu peristiwa-peristiwa di tanahair. Banyak peristiwa terjadi, Operasi Cold Store pada tahun 1963, penglibatan PAP dalam pilihanraya umum di Semenanjung pada tahun 1964-banyak perkara yang perlu dipantau dan dikaji.

“Saya sentiasa peduli tentang perkembangan politik Malaysia secara amnya serta persoalan keadilan dan kesetaraan untuk rakyat terbanyak.

“Kerja di bahagian akhbar di kementerian berkenaan merangkumi kerja menulis kenyataan akhbar. Di suatu pagi yang menentukan, 9 Ogos 1965, saya buat pertama kali berada di Parlimen Malaysia untuk membuat liputan rutin.

“Tetapi 9 Ogos hari istimewa-segala ketegangan, semua perkembangan; pindaan diluluskan untuk pemisahan Singapura,” kata Kit Siang ketika diwancara Ooi Kee Beng, Timbalan Pengarah badan pemikir Singapura, ISEAS (The Institute of Southeast Asian Studies)

Advertisements

2 thoughts on “Gambar AIDCNews Jadi Rujukan Portal Singapura

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s