Hadi Terima Sandang Kehormat Silat Gayong

DATUK Razali Ibrahim (dua dari kanan), Datuk Adiwijaya Abdullah (dua dari kiri), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (tengah) dan Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kiri) beramah mesra pada Majlis Penganugerahan Sandang Kebesaran Ikatan Ukhwah Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia di Hotel Pelangi pada Sabtu
DATUK Razali Ibrahim (dua dari kanan), Datuk Adiwijaya Abdullah (dua dari kiri), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (tengah) dan Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kiri) beramah mesra pada Majlis Penganugerahan Sandang Kebesaran Ikatan Ukhwah Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia di Hotel Pelangi pada Sabtu

AIDCNews -06/02/17 –Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima Anugerah Sandang Mahkota Agung Seri Bintang Pelangi dari Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia dalam Majlis Ikatan Ukhuwah Silat Wadah Penyatuan Ummah 2017 yang berlangsung di Hotel Pelangi, Muar, Johor pada Sabtu.

Turut menerima anugerah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim yang menerima Anugerah Sandang Timbalan Imam Khalifah Negeri Johor,

Manakala YBhg Datuk Dr. Mahfodz Mohamad, Ketua Dewan Ulama PAS Malaysia menerima anugerah Sandang Mahkota Seri Bintang Pelangi.

hadi1Penerima lain ialah Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang menerima sandang Mahkota Seri Bintang Pelangi; Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil (Mahkota Seri Cahaya Pelangi); Naib Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin (Mahkota Seri Relang Pelangi) dan Pemangku Ketua Pemuda PAS Johor, Juwahir Amin (Mahkota Seri Bintang Pelangi).

Turut hadir dalam majlis itu, Yang Dipertua Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) Datuk Adiwijaya Abdullah dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s