Isu Fatwa : Bekas Mufti Akui Wujud Campur Tangan Kerajaan Pulau Pinang

AIDCNews -06/02/17 –Bekas mufti Pulau Pinang mengakui pernah menegur kerajaan negeri supaya tidak campur tangan dalam hal berkaitan kelulusan fatwa di negeri itu sebelum ia dihantar kepada Yang Dipertuan Agong.

Datuk Seri Hassan Ahmad berkata ketika masih dalam perkhidmatan teguran itu dibuat selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 di mana mufti boleh secara terus membawa usul fatwa kepada Agong.

“Apabila kerajaan negeri mengeluarkan surat pekeliling dan mengarahkan semua jabatan sebelum mewartakan sebarang fatwa mesti mendapat kelulusan mesyuarat exco terlebih dulu, saya tulis surat supaya jabatan mufti dikecualikan kerana berdasarkan kepada enakmen 2004, kita tidak terikat.

“Berdasarkan enakmen 2004, mufti boleh secara terus menghantar cadangan kepada Agong tanpa melalui mesyuarat exco, cuma ia perlu dimaklumkan selepas fatwa itu diwartakan, itulah yang berlaku pada masa saya,” katanya ketika dihubungi FMT.

Pada Dis 2012, Hassan ketika masih menjadi Mufti Pulau Pinang mengingatkan semua pihak tidak mencabar dan akur dengan keputusan Majlis Fatwa yang telah memutuskan kalimah ALLAH hanya digunakan oleh umat Islam di negara ini.

Menurutnya, perkara itu telah diputuskan dengan jelas oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tanpa perlu dipolemikkan lagi.

“Keputusan tidak membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible perlu dihormati semua kaum,” katanya mengulas gesaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendesak kerajaan membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Hasan berkata, di Pulau Pinang, telah diwartakan kalimah ALLAH sebagai antara 40 perkataan yang tidak boleh digunakan bukan Islam.

“Jabatan Mufti Pulau Pinang sudah putuskan perkataan seperti ALLAH, takwa, haji, masjid contohnya hanya boleh digunakan mereka yang beragama Islam.

“Peraturan itu dikuatkuasakan pada zaman Pakatan Rakyat (PR) memerintah dan dipersetujui oleh Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri, di mana beliau telah dimaklumkan dan peraturan telah diwartakan. Beliau pun tahu perkara ini, kita sudah maklumkan dan peraturan sudah diwartakan,” katanya.

Kontra dengan kenyataan Mufti itu, Guan Eng menggunakan kuasa Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan tiada larangan dikenakan terhadap masyarakat bukan Islam di negeri itu daripada menggunakan kalimah “Allah”.

Katanya, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri 2004, yang dilampirkan padanya satu fatwa berhubung perkara itu pada 2010, tidak terpakai kepada orang bukan Islam.

“Masyarakat bukan Islam tidak tertakluk di bawah undang-undang Islam.

“Enakmen itu hanya digunapakai oleh masyarakat Islam, tidak oleh bukan Islam. Jadi, tiada isu timbul.

“Kita tidak meluluskan mana-mana undang yang membenarkan larangan itu terpakai kepada masyarakat bukan Islam,” kata Lim yang merupakan setiausaha agung DAP.

Advertisements

One thought on “Isu Fatwa : Bekas Mufti Akui Wujud Campur Tangan Kerajaan Pulau Pinang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s