Isu Fatwa : Bukti Kerajaan DAP-PKR Sanggah Perlembagaan & Yang Dipertuan Agung ?

barisan-exco-penang-2013

AIDCNews -06/02/17 –Adakah arahan Kerajaan DAP-PKR Pulau Pinang yang meletakkan syarat mesti mendapat kelulusan Exco kerajaan negeri sebelum sesuatu fatwa itu dapat diwartakan seperti melawan Perlembagaan Malaysia dan Yang Dipertuan Agung, soal Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim.

Kenyatan media Ahmad Amzad seperti berikut:

ADAKAH ARAHAN KELULUSAN EXCO PULAU PINANG SEBELUM FATWA MUFTI DIWARTA MENYANGGAH PERLEMBAGAAN DAN KUASA YANG DI PERTUAN AGONG?

Penjelasan mantan mufti Pulau Pinang mengejutkan berkaitan arahan mendapatkan kelulusan mesyuarat exco sebelum fatwa diwartakan.

Perhatikan hanya 3 dari 11 exco Pulau Pinang beragama Islam.

Ketua Agama bagi Pulau Pinang adalah Yang Di Pertuan Agong.

Islam agama Persekutuan

Saya petik peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan untuk pembaca memahaminya dengan jelas dan terperinci.

Perkara 3 menyatakan:

(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

(2) Di dalam tiap-tiap negeri, selain negeri yang tidak mempunyai raja, kedudukan raja sebagai ketua agama Islam di negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan negeri itu dan tertakluk kepada perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya, Majlis Raja-Raja sudah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan. Setiap raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

(3) Perlembagaan Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai ketua agama Islam di negeri itu.

(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.

(5) Walau apa pun apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi ketua agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya serta bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara yang berhubungan dengan agama Islam.

Semua negeri tanpa sultan sudah memasukkan dalam perlembagaan mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam. Bagi Melaka dan Pulau Pinang, Perkara 5; Sabah, Perkara 5b dan Sarawak, Perkara 4a.
Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, tidak memperincikan tugas raja sebagai ketua agama, tetapi menyebut bahawa bergantung kepada Perlembagaan negeri masing-masing.

Tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam dapat disaksikan dalam lafaz sumpah jawatan baginda Jadual Keempat, sebahagiannya berbunyi:

“Wallahi. Wabillahi. Watallahi.”

“Maka dengan lafaz ini berikrarlah Kami dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana undang-undang dan Perlembagaan.

Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa agama Islam.”
Pelihara Islam.

Umumnya tanggungjawab memelihara agama Islam itu termasuk memelihara agama Islam, syariah dan syiarnya. Oleh itu, sekiranya Yang di-Pertuan Agong bertitah, titahnya itu juga boleh diterima sebagai titah ketua agama Islam.

Maka hujah yang menolak titah Yang di-Pertuan sebagai ketua agama Islam bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Bagi kita orang Islam, kita jangan begitu naif dalam hal hubungan raja dan Islam kerana cabaran kepada institusi raja sebagai ketua agama Islam secara langsung mengancam kedudukan agama Islam.

ydpa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s