Pengakuan Bekas Mufti Pulau Pinang Sahkan Exco Agama PKR Hanya Barua DAP

guan-engAIDCNews -06/02/17 –Pengakuan bekas mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad yang mengaku pernah menegur kerajaan negeri supaya tidak campur tangan dalam hal berkaitan kelulusan fatwa di negeri itu sebelum ia dihantar kepada Yang Dipertuan Agong mengesahkan Exco Agama dari PKR Datuk Abdul Malik Abul Kassim hanya barua DAP.

“Jadi betullah kerajaan negeri campur tangan dalam isu Fatwa Negeri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Malik Kassim sekarang kamu nak nafi apa lagi.

“Punya lah teruk Malik Kassim dan orang Islam yang berada di dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang, sehingga sanggup mengangguk dan menerima saja dengan kata lain tidak mampu membela Islam sewajarnya.

“Adakah pangkat kedudukan menjadi lebih penting dari membela agama dan Islam itu sendiri, kenapa membiarkan kerajaan campur tangan dalam hal-hal yang melibat Islam lebih malang kes yang melibatkan fatwa dan Yang Dipertuan Agong,” ulas Zakiyamani Yamani dalam Facebook hari ini.

Hassan, bekas Mufti Pulau Pinang hari ini mengesahkan bahawa kerajaan negeri telah mengeluarkan surat pekeliling dan mengarahkan semua jabatan mesti mendapat kelulusan mesyuarat exco terlebih dulu sebelum mewartakan sebarang fatwa.

“Apabila kerajaan negeri mengeluarkan surat pekeliling dan mengarahkan semua jabatan sebelum mewartakan sebarang fatwa mesti mendapat kelulusan mesyuarat exco terlebih dulu, saya tulis surat supaya jabatan mufti dikecualikan kerana berdasarkan kepada enakmen 2004, kita tidak terikat.

“Berdasarkan enakmen 2004, mufti boleh secara terus menghantar cadangan kepada Agong tanpa melalui mesyuarat exco, cuma ia perlu dimaklumkan selepas fatwa itu diwartakan, itulah yang berlaku pada masa saya,” katanya.

Mengulas lanjut isu berkenaan, Zakiyamani berkata apa yang dilakukan DAP di Pulau Pinang berkaitan dengan Islam merupakan bayangan apa yang bakal dilakukan jika Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya kelak.

“Orang Islam dan Melayu Pulau Pinang harus mengambil aktibar dari apa yang belaku, lihat sendiri dan fikir kenapa perlu kita memberi lagi mandat kepada mereka ini sekiranya hanya menjadi pak turut dan angguk – angguk sahaja, langsung takut untuk membela agama sendiri (Islam).

“Mahukah kita suatu hari (nanti) apa saja yang berkaitan dengan agama Islam di Pulau Pinang ditentukan oleh yang bukan Islam, sanggupkah.

“Sekarang belum (lagi) mentakbir negara, (tetapi) mereka (DAP) sudah mula menunjukan belang dalam urusan agama kita,”katanya lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s