Hubungan PKR-PAS Tiada Perjanjian Bertulis – Setiausaha Agung PKR

SHAH ALAM – PKR menganggap pelawaan Pas untuk sertai blok ketiga (Gagasan Sejahtera) masih kabur.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution berkata, PKR tidak boleh memberi sebarang reaksi terhadap pelawaan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah itu kerana belum ada keputusan muktamad pihak Pas.

Menurutnya, setakat ini ia hanya boleh dianggap sebagai spekulasi kerana proses membuat keputusan di dalam Pas tidak boleh dilakukan secara mudah.

“Kita tak tahu sama ada pelawaan dibuat oleh Mohd Amar itu adalah keputusan sebulat suara hasil perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat, Majlis Syura Ulamak atau sebagainya.

“Pas adalah parti yang ada susur galur berlapis-lapis. Dalam pelawaan itu, beliau tidak nyatakan sama ada telah dibincangkan bersama Lajnah Politik, Jawatankuasa Pusat atau dalam Majlis Syura,” katanya.

Kelmarin, Mohd Amar mempelawa PKR dan Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan untuk menyertai blok ketiga bagi menguatkan blok pembangkang dan menumbangkan BN pada PRU14 tanpa sekutunya DAP dan Amanah.

Saifuddin berkata, semua perkara itu penting kerana berdasarkan pengalaman mesyuarat antara Pas dan Bersatu baru-baru ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan ia sebagai pertemuan biasa sahaja.

“Saya ambil pengalaman itu, dan kenyataan Mohd Amar adalah pelawaan tidak pasti. Mohd Amar adalah orang yang membuat pelawaan sahaja, tetapi tidak membawa mandat, atau kata putus.

“Ia seperti yang berlaku dalam rundingan melibatkan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Delegasi kedua-dua parti minggu lepas berakhir dengan kenyataan Tuan Ibrahim bahawa beliau cuma juru runding sahaja,” katanya.

Beliau berkata, kedudukan PKR dalam Pakatan Harapan adalah rakan yang sah kepada Amanah dan DAP, tetapi pada masa sama PKR satu-satunya parti yang masih terbuka untuk menjalin kerjasama dengan Pas.

“Kami mempunyai dokumen bertulis yang mengikat kesetiaan dan komitmen PKR dengan Amanah dan DAP. Itu kedudukan membezakan antara hubungan dan ikatan PKR dengan Pas.

“PKR dengan Pas setakat ini, tidak ada sebarang perjanjian bertulis dan apa-apa dokumen. Ia sekadar satu persefahaman sahaja,” katanya – SH

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s