Isu Fatwa : Pengakuan Bekas Mufti Sahkan Wujud Campur Tangan Kerajaan Pulau Pinang

pasAIDCNews -07/02/17 –Pengakuan bekas mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad yang berkata bahawa beliau pernah menegur kerajaan negeri supaya tidak campur tangan dalam hal berkaitan kelulusan fatwa di negeri itu sebelum ia dihantar kepada Yang Dipertuan Agong mengesahkan dakwaan PAS adalah benar.

“Jelas lagi sahih campur tangan DAP -PKR dalam hal ehwal hukum hakam agama Islam secara tidak langsung menghina Islam dan Yang Di Pertuan Agung sebagai Ketua Agama Islam Negeri Pulau Pinang,”kata Iszuree Ibrahim, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang.

pas1

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamudden menegaskan tujuan beliau membangkitkan isu itu untuk meminta amalan yang tidak sihat dihentikan daripada terus dipraktikkan kerajaan negeri.

“Isu ini dibangkitkan supaya dihentikan campur tangan politik terhadap keputusan-keputusan fatwa yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.

“Bekas mufti Dato’ Seri Hassan juga telah tampil mengakui pernah membantah campur tangan politik ini seperti yang dilaporkan FMT,”katanya dalam Facebook hari ini.

Menurutnya, isu ini dapat diselesaikan secara mudah, sekurang-kurang melalui dua tindakan yang perlu dilakukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

“Batalkan prosedur yang mengarahkan semua keputusan fatwa perlu terlebih dahulu dibentangkan kepada mesyt Exco Kerajaan Negeri (MMK) sebelum dibawa kepada Yang Dipertuan Agong. Berikan hak sepenuhnya kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri sebagai badan bebas yang berautoriti dalam hal ehwal hukum Islam mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri P.Pinang) 2004.

” ‘Lepaskan’ fatwa-fatwa yang masih tersangkut (seperti yang tercatat dalam Minit Mesyuarat Fatwa bil 3/2015 & bil 4/2015) untuk diangkat kepada Yang Dipertuan Agong bagi proses selanjutnya termasuk digazetkan (jika belum gazet),”katanya.

Afnan Hamimi turut memaafkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Datuk Abdul Malik Kassim selaku exco hal ehwal Islam dalam kerajaan negeri walaupun mereka berdua memfitnahnya.

“Dato’ Malik juga ada nyatakan bahawa Kerajaan Negeri tidak mahu panjangkan polemik mengenai isu campur tangan ini. Maka eloklah disegerakan pelaksanaan 2 cadangan penyelesaian seperti di atas.

“Akhirnya, atas sifat sebagai seorang muslim dan prinsip Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) yang PAS kemukakan, saya berbesar hati memaafkan Lim Guan Eng dan Dato’ Malik yang tersilap menuduh saya memfitnah (walaupun sepatutnya Lim Guan Eng dan Dato’ Malik yang mohon maaf kepada saya).

“Terima kasih Lim Guan Eng kerana membersihkan nama saya,”katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Guan Eng hari ini yang memberi tempoh 48 jam kepada Berita Harian dan New Straits Times untuk menarik balik laporan mereka serta memohon maaf berhubung laporan berkaitan pelantikan mufti.

Laporan itu memetik Afnan Hamimi yang mendakwa kerajaan negeri campur tangan dalam pelantikan Datuk Hassan Ahmad sebagai mufti negeri itu.

Lim menafikan terbabit dalam hal pelantikan itu dan memberitahu, pihak yang mencadangkan nama untuk jawatan berkenaan ialah Abdul Malik Kassim selaku exco hal ehwal Islam.

Katanya, cadangan nama itu dipersetujui pemimpin PKR yang juga bekas anggota parlimen Permatang Pauh, Anwar Ibrahim.

“Saya beri masa 48 jam kepada Berita Harian dan New Straits Times untuk meminta maaf secara terbuka kepada saya dan menarik balik laporan palsu tersebut,” katanya pada sidang media di George Town.

Ditanya mengapa beliau tidak menyaman Afnan Hamimi yang membuat kenyataan tersebut, Lim menjawab: “Mengapa membuang masa?”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s