Kit Siang Beri Amaran Agar Zaid Tidak Jadi ‘Primadona’ DAP

PETALING JAYA: Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengingatkan bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang baharu menyertai parti itu supaya tidak bersikap umpama ‘primadona’.

Malah Kit Siang turut berharap Zaid dapat bertahan lama dalam parti itu.

“Ramai bertanyakan soalan kepada saya sama ada Zaid akan menyertai DAP dan berapa lama beliau akan bertahan.

“Saya kenal Zaid sudah lama. Saya tahu dia berfikiran politik. Beliau kena memainkan peranan sebagai ‘team player’ (ketua pasukan) dan bukannya primadona,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Zaid secara rasmi mengumumkan penyertaannya dalam DAP di kediamannya di sini, Selasa.

Majlis turut disaksikan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kit Siang berkata, beliau percaya semua pihak pastinya mempelajari sesuatu daripada pengalaman lalu.

“Jadi, saya percaya Zaid boleh menjadi ketua pasukan dan bukannya primadona,” katanya.

Beliau menambah, peranan sebagai ketua pasukan itu antara lain dapat memperkukuhkan DAP, sekali gus membantu mengembalikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih baik di bawah Pakatan Harapan.

Penyertaan Zaid dalam DAP merupakan yang ketiga selepas beliau meninggalkan Umno pada 2008.

Zaid sebelum ini juga pernah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) – Mstar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s