Kita Akan Sertai Pakatan Harapan Lebih Awal, Sebelum Kerjasama PPBM-PAS Diketahui – Tun M

tunAIDCNews -07/02/17 –Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir berkata walaupun masih berunding dengan PAS, namun partinya akan membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) lebih awal sebelum keputusan kerjasama PPBM-PAS diketahui.

“Bersatu (PPBM) sedang berbincang dengan PAS. Kita belum dapat keputusan lagi tapi bagi Bersatu (PPBM) kita akan sertai pakatan dengan Pakatan Harapan (PH) lebih awal daripada persetujuan dengan PAS.

“Kita harap PAS bersama sekurang-kurangnya dengan Bersatu (PPBM) supaya kukuhkan satu lawan satu. Kalau tak, terpaksalah terima pertandingan tiga penjuru,” katanya dalam sidang media selepas majlis Sidang Meja Bulat Selamatkan Malaysia, petang tadi.

Dr Mahathir turut menuduh kesukaran PAS untuk menyertai PH bukan disebabkan DAP dan PAN tetapi disebabkan pimpinan parti Islam itu terlalu percayakan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Mereka (PAS) nak percaya sangat kepada Najib supaya tak ada apa-apa yang perlu dilakukan oleh mereka tapi kalau mereka dengar penjelasan dari kita, mereka terpaksa berfikir dan proses pemikiran itu agak berat bagi sesetengah orang.

“Mereka tak mahu fikir,” katanya.

Beliau turut menolak cadangan beberapa pemimpin PAS menggesa PPBM meninggalkan PH yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAN untuk menyertai blok mereka.

Dr Mahathir berkata walaupun PPBM bekerjasama dengan PAS, namun pembangkang tetap tewas kepada Barisan Nasional (BN) tanpa kerjasama PH.

“Perkiraan mereka tak betul,” katanya.

Tambahnya, strategi yang betul adalah PAS bekerjasama dengan PPBM dan menyertai blok PH bagi menghadapi pelawanan satu lawan satu menghadapi BN pada PRU 14.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s