PPBM Tidak Letak Harapan Pada PAS, Sudah Bergerak Bersama Pakatan Harapan

AIDCNews -07/02/17 –PPBM tidak meletakkan harapan pada PAS untuk menjalin kerjasama kerana parti itu sudah mempunyai rakan perjuangan yang sejati, Pakatan Harapan, yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAN.

Dalam satu ceramah ‘Pakatan Harapan Selamatkan Malaysia’ di Batu Gajah, semalam, Naib Presiden PPBM Datuk Hamidah Osman mengambil kesempatan untuk mengkritik sikap PAS yang disifatkannya berdolak-dalik dalam kerjasama pakatan pembangkang.

“Kita sudah berunding sebanyak tiga kali, dan rundingan tersebut telah bersetuju beberapa perkara dan dipersembahkan kepada pimpinan tertinggi parti masing-masing.

“Namun selepas pertemuan, PAS mengeluarkan kenyataan ia hanya sembang-sembang sahaja. Kalau hanya nak sembang buat apa sampai tiga kali?,” katanya.

Kritikan terhadap PAS itu diucapkankan dalam satu ceramah yang dihadiri oleh Timbalan Pengerusi PAN Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin; Ahli Parlimen DAP Batu Gajah, V Sivakumar; dan Ketua Pemuda DAP Perak, Howard Lee.

Hamidah berkata PPBM sudah menjangka PAS akan bermain sandiwara berkenaan kerjasama politik, namun ia tetap diteruskan untuk mendedahkan belang sebenar parti Islam itu kepada umum.

“Kalau boleh kita mahu mengelak daripada berlakunya pertembungan tiga penjuru, kita berusaha untuk menyatukan pembangkang namun PAS mengelak dan bermain sandirawa.

“Usaha perundingan Bersatu ini membuka peluang untuk rakyat siapa sebenarnya PAS,” tegasnya lagi.

Tambahnya, beliau sangat kecewa apabila PAS hanya mahu memainkan peranan sebagai ‘penasihat’ kepada BN, sedangkan perjuangan parti itu sejak dari dahulu konsisten menentang BN khususnya UMNO.

“Kenapa pula rakan kita dalam PAS mahu bersekongkol dengan UMNO-BN, sewajarnya mereka bersama dengan pembangkang untuk menentang kezaliman BN,” tegasnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s