Isu Fatwa : Seorang Lagi Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Tampil Jadi Saksi

muftiAIDCNews -08/02/17 –Selepas Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamudden dan bekas mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad, seorang lagi Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Datuk Md Salleh Ahmad, tampil menjadi saksi mengesahkan berlaku campur tangan dalam proses pemfatwaan di negeri itu.

Md Salleh berkata, campur tangan itu dilakukan oleh Datuk Malik Abdul Kassim, yang dilantik oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai EXCO Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang.

Kenyataan lengkap Md Salleh adalah seperti berikut :

PENJELASAN DATO’ MD SALLEH HJ AHMAD (AJK FATWA PULAU PINANG) MENGENAI ISU CAMPUR TANGAN POLITIK TERHADAP PROSES PEMFATWAAN

Saya mengikuti isu yang berbangkit di dalam akhbar mutakhir ini mengenai campur tangan politik terhadap proses pemfatwaan. Sebagai seorang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang masih berkhidmat, saya menyokong penuh kenyataan bekas Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, Ust Afnan Hamimi, bahawa wujudnya campur tangan politik daripada Kerajaan Negeri terhadap proses pemfatwaan.

Saya melahirkan dukacita terhadap Exco Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana campur tangan beliau ke atas proses pemfatwaan. Ada arahan daripada beliau pada tahun 2010 kepada Jawatankuasa Fatwa supaya fatwa kalimah Allah yang telah digazetkan, dibincangkan semula agar keputusan Jawatankuasa Fatwa selari dengan pendirian Kerajaan Negeri pimpinan DAP ketika itu yang tidak bersetuju dengan fatwa kalimah Allah. Walau bagaimanapun, mesyuarat Jawatankuasa Fatwa pada tahun 2010 tetap bertegas supaya fatwa kalimah Allah yang telah digazetkan, dikekalkan sebagai fatwa.

Selain itu, terdapat beberapa fatwa yang ditangguhkan oleh Exco Agama untuk dibawa kepada Yang DiPertuan Agong. Perkara ini pernah dibincangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri. Saya kesal dengan tindakan ini, seolah-olah kuasa Exco Agama di dalam hal pemfatwaan ini lebih besar daripada kuasa Jawatankuasa Fatwa Negeri.

Oleh itu, saya minta supaya tindakan campur tangan politik ini dihentikan. Semua fatwa yang diputuskan hendaklah terus dipersembahkan kepada Yang DiPertuan Agong, tidak perlu melalui mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

Saya berharap kenyataan ini dapat menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan isu yang timbul. Saya juga mengharapkan agar masyarakat Islam sama-sama bangkit mempertahankan institusi fatwa daripada sebarang campur tangan dan tekanan politik mana-mana pihak.

Sekian, terima kasih.

DATO’ MD SALLEH HAJI AHMAD
Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang
8 Februari 2017

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s