Kit Siang Melenting Ditanya Pendirian Skandal BMF-Tun M

AIDCNews -08/02/17 –Sidang media bagi mengumumkan penyertaan Datuk Zaid Ibrahim ke dalam DAP, semalam, tegang seketika apabila penasihat parti itu, Lim Kit Siang mempertikaikan soalan yang diajukan seorang wartawan.

Ia bermula apabila seorang wartawan bertanyakan soalan kepada Kit Siang, sama ada beliau akan menukar nada bersabit skandal Forex dan Bumiputera Malaysia Finance Limited (BMF) yang mengaitkan Tun Dr Mahathir Mohamad, sekiranya Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tidak ‘semeja’ dengan beliau.

Pertanyaan itu membuatkan Kit Siang melenting dan bertanyakan kembali, bagaimana ucapannya yang dikatakan berubah nada.

Wartawan itu kemudian cuba menjelaskan kembali soalannya kerana Kit Siang ‘tersalah tafsir’ dengan menyangka dia seolah-olah mendakwa pemimpin DAP itu membuat kenyataan berbeza bersabit isu berkenaan.

Bagaimanapun Kit Siang terus ‘menyerang’ wartawan berkenaan dan menyindir bahawa seorang pemberita tidak wajar membuat laporan yang tidak benar.

“Tidak, bagaimana yang saya kata berbeza? Bagaimana? Jika anda tak boleh nyatakan, anda sedang membuat tuduhan tidak berasas.

“Buktikan, buktikan…anda kata saya cakap dengan berbeza, beritahu saya, jika tidak anda membuat tuduhan tak berasas,” tegasnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s