PAS Bidas Keceluparan Guan Eng Tuduh Kelantan Negeri Muflis

AIDCNews -08/02/17 –Pemuda PAS Kelantan membidas keceluparan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menuduh Kelantan sebagai sebuah negeri gagal dan muflis, berikutan ditadbir oleh PAS, sebuah parti yang gagal.

Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari mencabar Guan Eng menyatakan mendedahkan peratusan pemilikan kediaman antara kaum di Pulau Pinang.

“Guan Eng fitnah Kelantan sebagai sebuah negeri yang muflis pada saat Kelantan berada pada kedudukan ketiga tertinggi di Malaysia daripada pemilikan kediaman iaitu sebanyak 83.9 peratus.

“Saya mencabar Guan Eng untuk memberi statistik berapakah peratus pemilikan kediaman di Pulau Pinang bersama perbandingan di antara kekuatan ekonomi Bumiputera di negeri yang ‘sangat kaya’ itu,” katanya kepada BH hari ini.

Ahmad Fadhli berkata mengikut laporan Pejabat Tanah dan Galian pada 2010, pemilikan tanah kaum Cina di negeri itu adalah sebanyak 64 peratus, manakala Melayu pula hanya 28 peratus dan India sebanyak lapan peratus.

Katanya, laporan Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2014, menyatakan populasi penduduk Pulau Pinang adalah 1.6 juta iaitu Cina (42.2 peratus), Melayu (41.3 peratus), India (9.8 peratus), manakala bangsa lain termasuk warga asing adalah 6.7 peratus.

“Adalah lebih baik Kelantan yang dikatakan muflis ini jika dibandingkan dengan Pulau Pinang dari sudut menjaga hak pribumi Bumiputera dan keadilan untuk rakyat.

“Bagi makluman Guan Eng juga, sumber dari Khazanah Research Institute pada tahun 2016 juga menunjukkan Pulau Pinang sebagai negeri ketiga tertinggi dari sudut ketidakmampuan rakyat untuk membeli rumah.

“Sekalipun gaji bulanan (pertengahan) rakyat Pulau Pinang berada di angka RM4,702 namun harga rumah (pertengahan) di negeri itu ialah RM295,000.00 berbanding Kelantan yang walaupun gaji bulanan (pertengahan) di negeri ini ialah RM2.716 namun harga rumah (pertengahan) di negeri ini hanyalah sekitar RM157,740.

“Ia sekali gus meletakkan Pulau Pinang berada di tangga indeks 5.2 iaitu sangat tidak mampu dimiliki berbanding Kelantan hanya di tangga indeks 4.8. Apa yang lebihnya Pulau Pinang sehingga anda melabelkan kami sebagai negeri hampir bangkrap?” katanya lagi.

Semalam, Guan Eng mendakwa kegagalan PAS mentadbir Kelantan menyebabkan rakyat negeri itu masih miskin dan berada dalam keadaan mundur.

“PAS tadbir negeri gagal, PAS adalah sebuah parti gagal yang tadbir negeri gagal dan bankrap di mana rakyat masih miskin dan mundur.

“Di mana mangsa banjir (selepas) tiga tahun masih belum dapat rumah, di mana 100,000 hektar hutan ditebang dan ditarah kerana (kerajaan negeri) tiada sumber wang, ” katanya

Terdahulu, Guan Eng turut menyelar Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang mendakwa berlaku campur tangan politik dalam proses pemilihan mufti dan urusan fatwa di negeri itu.

Guan Eng berkata, ketika ini Orang Asli di Kelantan turut berdepan masalah apabila mereka dihalang masuk ke kawasan mereka.

“Ini adalah negeri gagal, untuk menutup (kegagalan), mereka mainkan sentimen perkauman. Ini sesuatu yang jahat hendak lawan prinsip dan moral.

“Saya percaya Islam tidak benarkan sentimen perkauman, tetapi ini yang dimainkan PAS,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s