Selepas Dibantah, Penganjur Batalkan Program ‘Supermodel’ Di Bangi

ieventAIDCNews -08/02/17 – Selepas dibantah masyarakat Islam, program Supermodel International Malaysia 2017 Bikini Photograph Contest (BPC) yang dijadualkan berlangsung pada 19 Februari di Bangi, Selangor telah dibatalkan.

“Oleh kerana keadaan yang tidak diduga, kami penganjur telah membatalkan program Supermodel International Malaysia 2017 pada 19 Februari 2017 di Bangi Wonderland.

“Bagi mereka yang telah berdaftar dengan kami, bayaran balik yuran pendaftaran akan diproses kemudian. Kami akan menghubungi anda untuk lebih lanjut melalui e-mel anda sebentar lagi.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi,”kenyataan penganjur, I Creative Event, sebuah syarikat yang beralamat di Puchong dipetik.

Semalam, Ketua Pemuda PAS Serdang Rosli Jusoh berkata pertandingan itu tidak mencerminkan status Bangi sebagai “Bandar Ilmu”.

“Kami menyeru semua pihak berautoriti menggunakan segala peruntukan undang-undang yang ada bagi menghalang program BPC ini, khususnya Kementerian Pelancongan & Kebudayaan, kerajaan negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Perbandaran Kajang, mengikut segala akta dan garis panduan yang berkaitan.

“Kami menyeru semua NGO Islam, jaringan masjid dan surau, gerakan mahasiswa serta persatuan belia di Selangor dan sekitar Bangi untuk menyatakan bantahan secara kolektif bagi menghalang pengajuran program yang tidak bermanfaat ini,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s