Akta 355 : PKR Terbit Buku Lawan Arus Usaha PAS

buku_pemerkasan_perundingan_syariah_di_malaysiaAIDCNews -09/02/17 – PKR menerbitkan buku bertajuk “Pemerkasaan Perundangan Syariah di Malaysia” yang disifatkan melawan arus terhadap usaha PAS berkaitan Pindaan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Buku risalah setebal 34 muka surat berkenaan merupakan inisiatif Biro Penerangan dan Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, berasaskan kepada pendirian Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 20 Oktober 2016.

PKR akan mengedar risalah berkenaan melalui saluran PKR negeri dan cabang PKR seluruh negara terutamanya kepada masjid-masjid, surau dan madrasah.

“Kami memilih untuk mengedarkan kenyataan lengkap pendirian pimpinan KEADILAN mengenai RUU355 bagi mengelak kekeliruan dan menyebarkan sikap kami.

“Keputusan pengedaran risalah ini dibuat secara sebulat suara oleh Mesyuarat Biro Politik kami.

“Dengan hormat dipohon saudara-saudari membaca dengan teliti keseluruhan teks tersebut,”kata Wan Azizah dalam satu kenyataan.

Secara keseluruhan, PKR cuba menampakkan parti mereka mengambil jalan tengah berhubung dengan Akta 355.

Namun, jika diteliti secara mendalam, jelas kelihatan bahawa PKR tidak bersetuju dengan Akta 355 yang sedang diusahakan PAS.

Petikan daripada buku tersebut;

Kami difahamkan bahawa RUU 355 telah dirujuk ke Jawatankuasa Teknikal bersama di antara wakil Persekutuan (UMNO) dan Kelantan (PAS).

Anehnya, tidak pula dibangkitkan mengenai kegagalan kerajaan-kerajaan Negeri di bawah UMNO mengambil sebarang tindakan.

Tiada maklumat diberikan kepada umum mengenai perkembangannya. Tetapi Ogos lalu, seorang ahli Jawatankuasa Teknikal Hudud peringkat Pusat, Prof. Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz menganggap RUU 355 tiada dalam “road map” yang dibincangkan Jawatankuasa Teknikal.

Beliau berpendapat RUU sedemikian harus dibentang oleh kerajaan yang memerintah, dan bukan RUU persendirian.

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan menolak tanggapan bahawa RUU 355 itu adalah hudud.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom menegaskan bahawa RUU 355 tiada kaitan dengan hudud. Pada 26 Oktober 2016, Tuan Guru Hj Hadi Awang menjelaskan di Parlimen, bahawa RUU berkenaan bukan hudud.

Sementara itu, beberapa tokoh politik bukan Islam dari Barisan Nasional dan DAP membantah kerana menganggap RUU 355 bertentangan dengan prinsip Perlembagaan.

Pemimpin Negeri Sabah, dan terutamanya Sarawak mempertikai RUU 355 dengan nada ugutan kerana dianggap bercanggah dengan prinsip penubuhan negara Malaysia.

Lantaran kesamaran maksud dan kefahaman mengenai RUU 355, persepsi ramai umat Islam adalah bahawa RUU 355 adalah langkah pelaksanaan Syariah, khususnya Hudud.

Bahasa kenyataan aktivis para penyokong RUU tersebut mencela kalangan yang mempersoal peruntukan yang dicadangkan; pantas mengkafirkan sesama Islam bahkan secara gopoh menetapkan bukan Islam sebagai kafir harbi.

Kekeliruan ini berbangkit kerana tanpa membaca RUU tersebut, masyarakat Islam menganggapnya sebagai hukum hudud yang ditetapkan dalam Al Quran.

Maka adalah tidak wajar jika terdapat pihak yang mempertikai hak mana-mana rakyat melahirkan pandangan mereka termasuk soal pelaksanaan Syariah atau hudud atau mengumumkan RUU tersebut.

Dalam semangat yang sama adalah tidak munasabah bagi kalangan yang menghebahkan RUU tersebut sebagai hukum hudud sehingga membantah hak untuk mempertikai atau mempersoal.

Kita sewajarnya meneliti pandangan pihak yang menafsirkannya sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Negara; atau kebimbangan mengenai mana-mana peruntukan RUU.

Tambahan pula, RUU 355 dikemukakan secara persendirian tanpa perbincangan dan muafakat dengan badan-badan Islam dan ulama lainnya dan tanpa maklumat disampaikan kepada semua termasuk masyarakat bukan Islam.

Selanjutnya sila baca di http://keadilanrakyat.org/syariah.

Advertisements

2 thoughts on “Akta 355 : PKR Terbit Buku Lawan Arus Usaha PAS

  1. Kalau nama Allahpun mereka mereka sanggup jual untuk mendapatkankan undi bukan Islam, apalah sangat tindakan puak ini terhadap pindaan RUU 355..tidak menghairankan.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s