DAP Juga Gagal Selesai Masalah Banjir Sejak Memerintah Pulau Pinang

KOTA BHARU – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dinasihatkan supaya menjaga tepi kain sendiri dan menyelesaikan pelbagai masalah di negeri itu, bukannya menyibuk dan mempertikaikan cara Pas mentadbir Kelantan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Guan Eng tidak layak melabel Pas gagal mentadbir Kelantan dengan mengaitkan isu banjir kerana DAP juga sebenarnya gagal menyelesaikan masalah banjir kilat di Pulau Pinang.

“Pertama sekali, Guan Eng kena jaga mulut, sebagai Ketua Menteri dia kena cermat bercakap, kena faham isu dan kena ada fakta lengkap.

“Menuduh Kelantan gagal dan muflis satu tuduhan berat. Kalau dia kata mundur, kita boleh terima jika hendak dibandingkan dengan Kuala Lumpur tetapi tidaklah sampai kita merempat dan perlu minta bantuan Pulau Pinang.

“Kalau kata kita gagal, dia pun gagal. Sejak DAP memerintah, masalah banjir kilat tidak pernah selesai sampai perlu minta bantuan kerajaan Pusat. Lebih baik dia jaga negeri itu daripada sibuk hal Kelantan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Semalam Guan Eng dilaporkan mendakwa Kelantan adalah sebuah negeri gagal dan muflis kerana ditadbir oleh sebuah parti yang gagal iaitu Pas, sekali gus menyebabkan rakyat hidup dalam kemiskinan.

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan itu juga mendakwa kerajaan Pas Kelantan gagal menyelesaikan isu rumah mangsa banjir 2014, selain terpaksa menebang kira-kira 100,000 hektar hutan kerana tidak mempunyai wang untuk mentadbir negeri ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Amar yang juga Naib Presiden Pas berkata, setakat ini, 80 peratus isu kediaman mangsa banjir telah selesai dan baki yang tergendala adalah disebabkan masalah teknikal yang dihadapi kerajaan Persekutuan.

Beliau turut menegaskan, lebih 50 peratus daripada kawasan hutan di negeri ini masih lagi berstatus hutan simpan dan perkara itu selaras dengan kuota ditetapkan oleh Majlis Perhutanan Negara.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Amar menyifatkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan menyertai DAP dalam sidang akhbar semalam, sebagai seorang yang keliru kerana sering lompat parti.

“Zaid pernah tuduh Pas keliru, saya rasa dia lebih keliru, dia mempunyai banyak parti berbanding orang lain iaitu UMNO, PKR dan KITA (Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air). Parti dia lebih banyak daripada Datuk Ibrahim Ali.

“Kalau di Kelantan, saya tidak fikir dia berpeluang tarik sokongan rakyat. Sebut sahaja nama DAP memang sukar. Siapa-siapa yang bertanding atas tiket DAP di Kelantan ada masalah besar tetapi kalau negeri lain saya tidak tahu,” katanya – UM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s