Pengguna Perlu Bayar Caj Plastik 20 Sen Selama 6 Bulan Untuk Penilaian -Exco Selangor

AIDCNews -09/02/17 – Pengguna di Selangor perlu membayar caj plastik 20 sen selama enam bulan bagi membuktikan keberkesanan kempen “Bebas Beg Plastik” yang dikuat kuasa di negeri itu mulai 1 Januari lalu.

Exco negeri, Elizabeth Wong berkata, kini baru memasuki bulan ke-2 dan pengguna perlu diberikan masa untuk menjayakan kempen itu.

“Pada saya, kita kena tunggu 6 bulan baru kita tahu bagaimana laporannya. Sebulan, 2 bulan masih baru.

“Dalam tempoh 6 bulan akan datang, kita akan buat perbandingan sama ada bilangan (penggunaan beg plastik) menurun, meningkat atau sama.

“Jadi, ia mungkin mengambil sedikit masa untuk membolehkan pengguna amalkan kempen ini. Kita beri mereka masa dan lihat apakah hasilnya,” katanya kepada FMT.

Pada 21 Disember lalu, Wong dilaporkan berkata, bekas makanan polisterina dan beg plastik tidak akan dibekalkan peniaga secara percuma mulai 1 Januari 2017.

Exco pelancongan, alam sekitar, teknologi hijau dan hal ehwal pengguna Selangor itu berkata, peniaga akan mengenakan caj minimum 20 sen kepada pengguna yang memerlukan beg plastik.

Larangan penggunaan bekas makanan polistirena dan beg plastik juga dijadikan syarat tambahan bagi peruncit memohon atau memperbaharui lesen perniagaan dan peniaga yang gagal mematuhi syarat itu akan dikenakan kompaun maksimum RM1,000.

Sementara itu, Wong berkata, orang ramai boleh mengadu kepada PBT jika mendapati ada peniaga yang memberi beg plastik secara percuma kepada pelanggan.

“Siapa yang nampak dan rasa tidak patut boleh buat aduan kepada PBT, tetapi bukan (buat aduan) di pejabat saya,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s