PAS Tidak Wajar Letak Syarat Rundingan -PPBM

AIDCNews -10/02/17 –PAS tidak sepatutnya meletakkan sebarang syarat selagi rundingan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) belum mencapai kata putus, kata Naib Presiden PPBM Datuk Hamidah Osman.

“Sekarang ni semua baru peringkat rundingan, dalam hal ni kita mesti berjiwa besar. PAS kena lihat (kerjasama) ni dalam perspektif lebih besar, hari ni kita sepatutnya parti-parti menentang BN ni kita harus bersatu kerana kita nak selamatkan Malaysia,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

Kenyataan Hamidah itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang meletakkan syarat kepada PPBM supaya tidak melibatkan DAP dan PAN dalam program bersama dengan parti itu.

Tambah Hamidah lagi, sekiranya PAS berterusan mengeluarkan kenyataan sedemikian, ia dibimbangi akan menjejas dan mengganggu proses tersebut.

“Tak payah buat komen-komen yang akan membuatkan interpretasi yang berbeza-beza.

“Sepatutnya benda ni dibincangkan secara rundingan dan bukannya terbuka. Jangan kita buat kenyataan terbuka yang akan mendatangkan interpretasi yang berbeza-beza,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Prof Madya Dr Mohd Fuad Salleh berkata keputusan PAS yang enggan terlibat dalam sebarang bentuk kerjasama dengan DAP dan PAN, adalah syarat yang perlu diterima parti pembangkang lain yang berhasrat mahu menjalinkan hubungan dengan parti Islam itu.

Katanya, syarat itu adalah pendirian parti yang diputuskan oleh jawatankuasa pusat dan Majlis Syura Ulama (MSU).

“PAS ada pendirian sendiri. Kalau PAS kata (mana-mana) parti yang nak berhubungan dengan PAS kena tinggalkan Pakatan dan PAN, maka tinggalkan, kalau tak mahu tak apa. Itu saja.

“Itu syarat yang kita pegang hari ini yang diputuskan PAS Pusat dan Majlis Syura, sehinggalah ada keputusan baru. Sehingga hari ini, itu kekal, maknanya kalau nak bersama PAS, itu syaratnya, tinggalkan DAP dan PAN,” katanya

Advertisements

2 thoughts on “PAS Tidak Wajar Letak Syarat Rundingan -PPBM

  1. Tetapkan pendirian anda wahai PAS… kalau depa tak nak patuh syarat jangan berunding dengan PAS… kata yakin sangat nak jatuhkan BN…so, nape hingga hari ni masih nak menagih sokongan PAS selepas korang hina dan buruk2kan PAS… itulah sifat sebenar PH yg semuanya penjilat lobang taik kafir2 DAP

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s