Surat Exco Agama Kepada Mufti Bukti Campur Tangan – PAS Pulau Pinang

AIDCNews -10/02/17 – Surat Datuk Malik Abdul Kassim, EXCO Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri kepada Sahibul Samahah Datuk Seri Hassan Ahmad, Mufti Negeri Pulau Pinang merupakan bukti campur tangan, kata Iszuree Ibrahim, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang.

Katanya, surat yang ditulis oleh Exco Negeri itu turut diberi salinan kepada Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

“Jelas lagi sahih campur tangan DAP dan PKR dalam Isu Fatwa Kalimah Allah. Surat Pengarahan Exco Agama PKR MALIK KASSIM dan disalinan Kepada TOKONG (Guan Eng).

“Sebagai orang Islam perlu bangkit dan nyatakan bantahan Campur tangan DAP-PKR dalam hal ehwal fatwa dan hukum-hakam agama Islam selepas solat Jumaat setiap minggu mulai hari ini,” katanya dalam Facebook hari ini.

Iszuree berkata umat Islam tidak sewajarnya mudah terpedaya dengan dakyah Guan Eng yang kononnya mencanang ‘sangat’ membantu sekolah-sekolah tahfiz di negeri itu, tetapi dalam masa sama menyebarkan fahaman liberalisme.

“Sepatutnya orang Islam Menolak DAP yang jelas mempunyai agenda anti-Islam walaupun dedak ditabur merata-rata kepada sekolah-sekolah tahfiz demi untuk menunjukkan sikap mereka kononnya pro-Islam.

“Agenda utama adalah lunak untuk meliberalkan pemikiran orang Melayu-Islam supaya menyokong DAP dan menangkis semua pandangan yang anti-DAP seperti mana yang jelas kita lihat kepada Mat Sabu and the PAN….

“FAHAM ,JELAS DAN TOLAK DAP & THE PAN,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s