Taikun Cina Suntik Dana RM 50 Juta Untuk Pastikan DAP Tawan Putrajaya PRU 14


AIDCNews – 12/02/17 – Seorang taikun Cina, Koon Yew Yin menderma RM 50 juta kepada DAP untuk membantu parti itu berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Ketika berucap dalam mesyuarat bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 10 Februari 2017, Koon berkata dermanya sebanyak RM50 juta itu dianggap sebagai pemangkin untuk menjana sokongan rakyat kepada DAP.

“Derma RM 50 juta saya kepada Kerajaan Pulau Pinang untuk membina asrama pelajar adalah kerana kepercayaan saya kepada DAP. Saya percaya asrama pelajar ini akan menjadi tugu harapan dan peringatan yang cemerlang Kerajaan DAP Pulau Pinang.

“Saya percaya derma RM 50 juta saya akan menggalakkan lebih ramai orang untuk menyokong DAP dan pembangkang untuk menendang keluar Kerajaan BN yang rosak pada pilihan raya umum akan datang,”kata Koon dalam satu kenyataan.

Dari kiri; Koon, Lim Guan Eng, isteri Koon dan Dr. Lim Teck Ghee
Dari kiri; Koon, Lim Guan Eng, dan Dr. Lim Teck Ghee(isteri Koon)

Koon mengakui dia merupakan penyokong kuat DAP terutamanya di Perak sejak dari dahulu, namun kecewa Perak gagal ditawan DAP kerana kelemahan PKR dan PAS pada PRU 13.

“Saya merupakan penyokong kuat DAP untuk masa yang lama terutama di Perak. DAP memenangi kesemua 18 kerusi Dewan Undangan Negeri yang diperuntukkan kepada mereka dalam beberapa pilihan raya umum lalu.

“Malangnya, Parti Keadilan dan PAS kehilangan sebahagian besar daripada kerusi yang diperuntukkan kepada mereka.

“Saya mengagumi prestasi cemerlang DAP dalam mentadbir Pulau Pinang. Hasilnya, kerajaan telah menjana lebih banyak wang setiap tahun sejak DAP mula mengawal kira-kira 8 tahun yang lalu. Kerajaan juga telah membelanjakan lebih banyak wang dalam infrastruktur dan kemudahan lain untuk manfaat rakyat,”katanya lagi.

Selepas PAS disingkirkan daripada Pakatan Rakyat, Koon terus aktif menyalurkan dana kepada Parti Amanah Negara (PAN) dan Pakatan Harapan.

Pada Nov 2015, Koon menderma RM500 ribu kepada PAN untuk memastikan parti itu bekerja keras bagi pilihan raya akan datang.

“Dengan penuh semangat, beliau (Koon) mengharapkan seluruh kepimpinan Amanah membuat kerja bersungguh-sungguh demi mencapai hasrat dan matlamat rakyat.

“Beliau turut mengumumkan akan menyumbang 10 kali ganda daripada nilai yang diberikan itu jika Amanah Perak membuat kerja bersungguh-sungguh,” lapor Facebook Parti Amanah Negara Negeri Perak.

Koon Yew Yin menyumbang sebanyak RM50ribu kepada Asmuni Awi, Pengerusi PAN Perak yang juga Bendahari Kehormat PAN pusat
Koon Yew Yin menyumbang sebanyak RM50ribu kepada Asmuni Awi, Pengerusi PAN Perak yang juga Bendahari Kehormat PAN pusat

Sekali lagi Koon menderma RM100 ribu kepada Pakatan Harapan Perak pada Disember 2015.

 Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin (Timbalan Pengerusi PAN Perak yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Perak) menerima sumbangan RM100 ribu daripada Koon. Turut menyaksikan penyerahan cek itu, Nga Kor Ming (Pengerusi DAP Perak) dan Dr Muhamad Nur Manuty (Pengerusi PKR Perak)
Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin (Timbalan Pengerusi PAN Perak yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Perak) menerima sumbangan RM100 ribu daripada Koon. Turut menyaksikan penyerahan cek itu, Nga Kor Ming (Pengerusi DAP Perak) dan Dr Muhamad Nur Manuty (Pengerusi PKR Perak)

“Harapan beliau (Koon) agar Pakatan Harapan menang PRU14,”kenyataan dari Facebook Parti Amanah Negara dipetik.

Koon bertemu Chin Peng (Setiausaha Agung PKM) di Bangkok pada 11 Nov 2011
Koon bertemu Chin Peng (Setiausaha Agung PKM) di Bangkok pada 11 Nov 2011

koon1

Advertisements

3 thoughts on “Taikun Cina Suntik Dana RM 50 Juta Untuk Pastikan DAP Tawan Putrajaya PRU 14

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s