Azmin Ali ‘Divert’ Isu Untuk Lindungi Kekayaan Pegawai Khasnya

Manikavasagam yang pernah ditahan SPRM kerana kes RM30K juga mendedahkan dalam whatapps mengenai rasuah Hilman Idham ini sebagaimana apa yang dilaporkan Rafizi kepada SPRM 31 MEI 2016

Captain M – 1. Dua perkara yang membimbangkan Azmin Ali Menteri Besar Selangor ialah Laporan Rasuah Rafizi Ramli ketika sebagai Setiausaha Agung PKR mengenai rasuah Hilman Idham Pegawai Khas MB yang didedahkan Chegubard pada 2 Februari lalu dan juga siasatan terhadap Adam Rosly memiliki kekayaan luar biasa hari ini di pejabat SPRM. Ia membuntukan fikiran Azmin jika ia menjadi topik utama media melibatkan pegawainya. Semua orang tahu Hilman Idham dan Adam Rosly adalah insan yang rapat dengan Azmin. Tidak hairan dua anak muda ini kaya-raya.

[ Baca di sini: RAHSIA AZMIN TERBONGKAR LAGI, PEGAWAI KHAS MB SELANGOR LEBIH KAYA RAYA DARI ADAM ROSLY AMPANG]

2. Apa yang Azmin lakukan ialah “divert’ isu dengan menyebarkan twitter palsu membuat spekulasi adanya Menteri Kanan yang akan meletak jawatan. Kononnya atas 1MDB. Ternyata Azmin sedikit berjaya untuk mengalihkan isu tersebut wal hal isu rasuah pegawainya dan proksinya Adam sedang berlaku. Itulah Azmin Ali. Sama ada dia tidak menjawab isu atau dia akan “divert” isu.

3. Dokumen laporan Rafizi tersembunyi sebelum ini dari pengetahuan netizen berhubung laporannya 31 Mei 2016 mengenai dakwaan Rasuah Seks di Selangor mengaitkan pegawai khas Azmin Ali MB Selangor. 9 bulan laporan rasuah pegawai Azmin ini dirahsiakan demi menjaga nama baik PKR. Namun didedahkan oleh CheguBard dalam blognya yang tular hari ini bersama dengan kes Adam Rosly yang disiasat SPRM lebih 4 jam.






SPRM CUBA MENUTUP KES RASUAH HILMAN?

4. SPRM mesti membuat penjelasan sekali lagi berhubung kes rasuah Pegawai Khas MB Selangor ini yang katanya ditutup. Laporan yang didedahkan menunjukkan pendapatan Hilman Idham tidak sepadan dengan gaji yang beliau perolehi sebagai Pegawai Khas MB Selangor untuk membayar pinjaman beberapa buah rumah dan kereta. Tidak mungkin SPRM tidak membuat siasatan terperinci dari segi pendapatan termasuk gaya mewah isterinya

5. Siasatan juga mesti dibuat terhadap Hans Yusoff Pemberita Berita Astro Awani (sahabat baik Hilman Idham) yang disebut dalam laporan Rafizi pada 31 Mei 2016.

6. Kita mendesak SPRM perlu memanggil dan menyiasat Azmin Ali serta Zuraida MP Ampang. Sebagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang dan Ketua Menteri Melaka yang rela disiasat.

Advertisements

2 thoughts on “Azmin Ali ‘Divert’ Isu Untuk Lindungi Kekayaan Pegawai Khasnya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s