Jika Mahathir Sudah Cukup Bagus Kenapa Perlu Jumpa Anwar, Soal Wan Azizah

AIDCNews – 13/02/17 –Jika Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah cukup bagus sebagai ‘ketua pembangkang’, kenapa masih perlu jumpa Anwar Ibrahim, soal Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan ahli baru DAP, Datuk Zaid Ibrahim bahawa ‘ketua pembangkang’ masa kini adalah Dr Mahathir dan bukannya Wan Azizah.

“Beliau (Dr Mahathir) tetapkan untuk bertemu dengan Anwar. Pada saya jika beliau sangat bagus dalam menyatukan parti, beliau tidak perlu datang. Tetapi beliau datang.

“Malah ia lebih dari sekadar bertentang mata. Kerana ia bukan mudah kerana kami dilihat berpecah. Berilah beliau (Anwar) kredit, peluang,” kata Wan Azizah sepertimana dilapor Antarapos.

Wan Azizah dalam masa sama berpandangan dakwaan Zaid itu sekadar pandangan peribadi.

“Itu adalah pandangan peribadi. Saya fikir Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan pemimpin DAP, Gobind Singh telah jawab. Kerusi yang banyak dimenangi adalah DAP, PKR dan Amanah. Dan saya adalah ketua pembangkang,” katanya lagi ketika ditemui di Hotel Empire Subang.

Advertisements

One thought on “Jika Mahathir Sudah Cukup Bagus Kenapa Perlu Jumpa Anwar, Soal Wan Azizah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s