PAS Kaji Semula Hubungan Dengan PKR

AMPANG: PAS akan mengkaji semua hubungan dan kerjasama dengan PKR, sama ada mahu diteruskan atau tidak pada muktamar parti itu, April ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata alasan untuk berbuat demikian kerana parti pimpinan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu masih menjalin hubungan dengan DAP, parti yang jelas menolak dasar Islam diperjuang PAS.

“Dengan PKR pun kita akan buat keputusan masa muktamar ini,” katanya ketika menjawab soalan media mengenai tempoh sebulan diberi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, sama ada parti itu mahu menyertai pakatan pembangkang atau tidak.

Terdahulu, Ahli Parlimen Marang itu dalam jawapan balas segeranya terhadap tempoh diberi Dr Mahathir itu, Abdul Hadi berkata, “tidak perlu tunggu sebulan sebab mereka sudah ada hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara”.

Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata kerjasama parti itu dengan PPBM masih terbuka, terutama berkaitan dengan perkara yang membawa kebaikan kepada ummah dan Islam – BH

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s