Peletakan Jawatan Empat Pemimpin DAP Tidak Dijangka – Guan Eng

GEORGE TOWN– “Parti tidak berubah, bahkan, tetap sama.

“Bagaimanapun, Anggota Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him dan puak beliau yang berubah berikutan kekalahan mereka.”

Ketika menyatakan perkara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata keempat-empat wakil rakyat berkenaan menumpukan serangan mereka terhadap parti dan bukannya kepada skandal rasuah serta penyalahgunaan kuasa di negeri ini selepas kekalahan mereka dalam pemilihan parti peringkat negeri pada 2015.

“Mereka bukannya berusaha untuk memenangi semula keyakinan daripada anggota DAP Melaka, sebaliknya mereka menentang DAP kerana didakwa menolak mereka, mengakibatkan keanggotaan mereka digantung setahun oleh parti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain Sim, wakil rakyat lain yang mengumumkan keluar daripada DAP ialah Lim Jak Wong (Bachang), Goh Leong San (Duyong) dan Chin Choon Seong (Kesidang).

Lim mengakui kesilapannya kerana percaya bahawa Sim dan para pemimpin puaknya akan terus setia kepada DAP dan kempen parti untuk menyelamatkan Malaysia di sebalik wujudnya perbezaan pendapat dengan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP.

“Saya dukacita apabila mendengar Sim berkata beliau keluar daripada parti tanpa rasa pilu sungguhpun menjadi anggota parti selama hampir 35 tahun,” katanya.

Lim berkata DAP boleh mengambil tindakan disiplin terhadap Sim ketika beliau bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum 2013 menentang calon DAP bagi kerusi Kota Laksamana.

“Bagaimanapun, parti ini percaya beliau telah tersalah arah dan masih setia kepada DAP serta anggotanya.”

Menyifatkan peletakan jawatan keempat-empat mereka sebagai tidak dijangka, beliau berkata tidak seorang pun daripada mereka yang menyatakan kepadanya, pemangku pengerusi kebangsaan parti Tan Kok Wai atau setiausaha pengelola kebangsaan Anthony Loke, berhubung maksud perbezaan dasar itu.

“Mereka nampaknya keliru tentang apakah perbezaan dasar yang mereka kurang senang. Mereka juga kelihatan keliru berhubung rasional dalam meletak jawatan, yang seolah-olah lebih kepada tindak balas peribadi berikutan kekalahan mereka dalam pemilihan parti peringkat negeri Melaka dan diikuti dengan penggantungan keanggotaan selama setahun,” katanya.

Lim berkata pada Selasa, beliau akan ke Melaka untuk mengadakan mesyuarat pada 8 malam dengan anggota dan pemimpin DAP Melaka.– BERNAMA

adun
adun1

Rahsia Besar Di Sebalik Sim & Goh Digantung Keahlian DAP

Trak Rekod Politik Lim Guan Eng Amat Buruk, Sanggup Bunuh Politik Rakan Sendiri

Move Terbaharu Untuk Pastikan Lim Guan Eng Berkuasa Mutlak Dalam DAP

Kenapa Dr Boo Gelar Dinasti Lim Sebagai ‘Soviet Madhouse’

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s