PKR Sedia Diceraikan PAS – Ahli Parlimen PKR Kuala Langat

abdullah

SHAH ALAM: PKR bersedia ‘diceraikan’ PAS sekiranya parti itu enggan lagi mengadakan kerjasama, demikian menurut Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid.

Pemimpin parti itu berkata demikian selepas diajukan kesediaan PKR untuk menerima sebarang keputusan PAS yang akan membuat keputusan muktamad mengenai tahaluf siyasi PAS-PKR pada April depan.

“Kalau hendak putus (hubungan) nak buat bagaimana, ikut merekalah. Orang minta cerai, (kita) cerai sahajalah. Takkan orang minta cerai kita (merayu) janganlah cerai. Biarlah,” katanya kepada Antarapos, hari ini.

PKR merupakan parti komponen DAP dan Amanah di dalam Pakatan Harapan (PH) selepas hubungan antara PKR-DAP-PAS menerusi Pakatan Rakyat (PR) tamat pada 2015.

Selain Gagasan Sejahtera yang diikat bersama IKATAN dan BERJASA, PAS kini menjalin kerjasama dengan PKR melalui kerajaan negeri Selangor.

Tahaluf siyasi PAS-PKR yang dimeterai pada 2008 akan dirungkai pada muktamar tahunan PAS April depan, menurut pendirian terbaru yang disuarakan Hadi pada semalam.

Bukan itu sahaja, PAS juga dilihat ‘berat’ untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana ia menjalin permuafakatan dengan DAP dan Amanah.

Abdullah Sani, yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat ketika diajukan hal ini mengkritik cara tarik tali PAS.

“Rakyat sudah jemu dengan gabungan pembangkang begitu, begini… Ugut sana, ugut sini. Beginilah, bila pilihan raya nanti kita tahu cerita. Kita bukan parti pengemis.

“Kita kena berhati besar. Jika kata hendak tewaskan Umno-BN, kita kena berhati besar, tak boleh anggap diri kita kuat,” tegasnya.

Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini memberi tempoh sebulan kepada pemimpin PAS untuk memutuskan sama ada mahu bekerjasama dengan pihaknya dan Pakatan Harapan.

Sehingga kini status kerjasama antara PAS dan PPBM belum mencapai sebarang kata putus selepas mengadakan mesyuarat rahsia pada 1 Februari lalu – AP

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s