Kepimpinan ‘Dinasti Lim’ Mula Dipertikai – Setiausaha Agung PAS

AIDCNews – 14/02/17 –Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan tidak menolak kemungkinan stail kepimpinan DAP yang dikuasai oleh bapa (Lim Kit Siang) dan anak (Lim Guang Eng) yang mengamalkan sikap ‘berkuasa mutlak’ merupakan faktor empat wakil rakyat parti itu keluar meninggalkan parti.

“Itu merupakan rahsia terbuka..siapa yang mempunyai ‘veto power’ (kuasa mutlak) dalam DAP. Cakap-cakap ini bukan di kalangan orang luar sahaja, (juga) di kalangan ahli DAP, pimpinan DAP yang keluar meninggalkan parti membuat kenyataan sebegitu.

“Setakat ini, kita tidak nampak DAP mengambil tindakan terhadap pemimpin (DAP) yang membuat kenyataan itu. Seolah-olah mengiyakan apa yang diperkatakan orang,”katanya.

Takiyuddin berkata demikian sebagai mengulas tindakan empat wakil rakyat DAP Melaka pada Ahad yang bertindak keluar parti berkuat kuasa serta-merta kerana kecewa dengan pemimpin parti berkenaan dan mendakwa DAP telah menyimpang daripada matlamat asal.

Mereka terdiri daripada; Anggota Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him; ADUN Duyong, Goh Leong San; ADUN Bachang, Lim Jak Wong dan ADUN Kesidang, Chin Choong Seong.



Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s