Kit Siang Nafi DAP Lari Dari Perjuangan Asal

dap-malaysiaAIDCNews – 14/02/17 –Penasihat DAP Lim Kit Siang tetap mempertahankan perjuangan parti itu yang didakwa sentiasa selaras dengan prinsip dan matlamat untuk ‘Malaysian Malaysia’ atau Malaysia untuk Rakyat Malaysia.

“Kami tidak membuat sebarang pembohongan dalam politik, bermain politik atau mengamalkan politik yang menakutkan, malah tidak mengkhianati prinsip parti dan kami tidak pernah menyimpang daripada prinsip.

“Kita tidak mahu menjadi MCA kedua, kami DAP dan akan kekal sebagai DAP, mereka yang mendakwa kononnya DAP sebagai parti menyimpang adalah tidak benar,” katanya kepada media selepas melakukan lawatan di sekitar Melaka, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi DAP Melaka, Tey Kok Kiew yang juga Adun Bandar Hilir serta Setiausaha DAP Melaka Khoo Poay Tiong selaku Adun Ayer Keroh.

Dua hari lepas, ADUN Kesidang Chin Choon Seong berkata beliau mengumumkan keluar parti kerana DAP telah lari dari perjuangan asal ‘Malaysian Malaysia’ iaitu perjuangan sama rata tanpa mengira kaum dan agama di negara ini.

“Apa yang kita lihat sekarang ialah dalam usaha untuk meraih sokongan orang Melayu, DAP menuruti apa yang MCA lakukan sekarang.

“Saya rasa ini pendekatan yang berbahaya dalam usaha menarik sokongan orang Melayu,” katanya.

Selain Chin, Adun lain yang keluar parti ialah Lim Jak Wong (Bachang) dan Goh Leong San (Duyong) serta Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him.

Kit Siang, ketika ditanya sama ada kerjasama DAP dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad dia menjelaskan perjuangan mereka untuk ke arah Malaysia lebih baik.

Bercakap mengenai peluang DAP untuk merampas kembali empat kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang Kit Siang menyatakan bahawa dia bukan seorang tukang telek tetapi mahu menyeru rakyat Melaka untuk meneruskan sokongan mereka terhadap perjuangan DAP.

Menurut wikipedia ungkapan “Malaysian Malaysia” secara meluas dikaitkan dengan Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew yang juga Setiausaha Agung PAP dalam mengkritik polisi kerajaan Malaysia yang disifatkannya perkauman kerana meletakkan keistimewaan terhadap kaum Melayu.

Dalam ucapannya, Kuan Yew mempertikaikan kontrak sosial dalam perlembagaan yang disifatkannya mendiskriminasi terhadap kaum bukan Melayu.

Pada tahun 1999, kontroversi itu kembali tercetus apabila Kit Siang daripada DAP menyambung lidah Kuan Yew yang menyeru semula kempen “Malaysian Malaysia”.

Hishamuddin Hussein, ketika itu Pemangku Ketua Pemuda UMNO Malaysia marah dan memberi amaran agar Kit Siang tidak “bermain dengan api,” serta menuduh pemimpin supremo DAP itu sengaja mempolitikkan isu yang telah diputuskan dalam kontrak sosial sejak dari kemerdekaan lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s