“Saya Tidak Mahu Merangkak & Mencium Kaki Pemimpin PAS” – Tun M

tunAIDCNews – 14/02/17 –Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak akan merangkak dan mencium kaki pemimpin PAS semata-mata untuk memastikan kerjasama PPBM dan PAS berjaya.

Dr Mahathir berkata tempoh sebulan yang diberikan kepada PPBM kepada PAS untuk membuat keputusan sama ada bersama pakatan pembangkang atau tidak sudah mencukupi dan partinya tidak berhasrat untuk melakukan lebih daripada itu.

“Kami telah cuba untuk menyelesaikan (kebuntuan) ini. Kami amat bersabar. Kami tidak berkata apa-apa yang buruk tentang PAS. Kami telah melakukan segala yang mungkin.

“Apa lagi boleh kita lakukan. Saya tidak mahu merangkak dan mencium kaki pemimpin PAS. Cukuplah.

“Kami akan tetap memberi mereka sebulan, walaupun mereka berkata satu bulan tidak perlu. Kami adalah orang yang sangat bermurah hati,” katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Dr Mahathir meramalkan PAS akan kalah teruk pada pilihan raya umum akan datang jika enggan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik.

“(Oleh itu), terpulang kepada PAS untuk melihat jika mereka mahu kalah lebih besar atau tidak.

“Di peringkat persekutuan, mereka (PAS) tidak pernah berjaya memenangi satu perempat kerusi parlimen,” katanya lagi.

Advertisements

2 thoughts on ““Saya Tidak Mahu Merangkak & Mencium Kaki Pemimpin PAS” – Tun M

  1. dah jelas pembangkang amat mengharapkan kerjasama PAS… tanpa PAS pembangkang akan kalah teruk… sblum ni dah puas depa caci hina fitnah PAS, lps tu minta PAS ikut pulak telunjuk depa… moga2 PAS tetap pendirian…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s