Malaysia Negara Terbaik Penjagaan Kesihatan Di Dunia 2017

AIDCNews – 15/02/17 –Malaysia disenaraikan sebagai negara terbaik di dunia 2017 berkaitan dengan penjagaan kesihatan, lapor cnbc.com.

Selain Malaysia, tiga negara lain turut disenaraikan adalah Costa Rica, Colombia dan Mexico.

Laman cnbc.com melabelkan Malaysia sebagai negara pelancongan perubatan yang berkembang pesat apabila telah dikunjungi oleh lebih daripada 1 juta pelancong perubatan dari seluruh dunia pada tahun 2016.

“George Town dan Kuala Lumpur adalah dua pusat utama perubatan di Malaysia, dan kedua-dua bandar itu diservis oleh pelbagai syarikat penerbangan antarabangsa dari seluruh dunia.

“Malaysia mempunyai beberapa orang doktor terbaik di Asia dan majoriti daripada mereka telah dilatih di Amerika Syarikat, Australia, atau UNited Kingdom. Kesemua mereka bertutur dalam Bahasa Inggeris juga,” lapor laman itu.

Menurut laporan itu, kekuatan dolar Amerika Syarikat, perjalanan udara yang lebih murah ke Malaysia dan kos penjagaan kesihatan di negara-negara Barat dalam senarai menunggu yang lama telah semuanya menyumbang kepada ledakan pelancongan perubatan Malaysia dalam dekad yang lalu.

“Pelancong perubatan yang tiba di Malaysia telah meningkat secara purata sebanyak 100% dalam tempoh lima tahun yang lalu,”lapornya lagi.

best

Seorang doktor tempatan, Dr Aznil Hisham berkata perkhidmatan kesihatan di Malaysia telah dipuji oleh warga negara Singapura, walaupun diperlekeh oleh segelintir rakyat dari negara sendiri

“Kita tak sekaya Singapura. Rakyat kita lebih ramai dari Singapura.

“Namun life expectancy bagi rakyat Malaysia adalah pada umur 75 tahun. (71 tahun bagi global population). Kira baik juga perkhidmatan kesihatan negara.

“Rakyat Singapora kagum dengan apa yg kerajaan kita lakukan. Tapi rakyat Malaysia sendiri seboleh-boleh memperlekehkan.

“Jika anda tak mahu bantu tingkatkan perkhidmatan kesihatan negara, tak mengapa. Tapi usah susahkan kami dengan cerita-cerita fantasi dan mimpi basah kalian untuk memperlekehkan kami.

“Kami sedia berkhidmat untuk kalian. Beri kami sedikit ruang agar dapat melakukan yang terbaik untuk kalian,” ulasnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s