Orang Kuat Mahathir Pertikai Status Ulama Presiden PAS

SHAH ALAM: Seorang bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyifatkan gelaran ulama yang dipegang Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak ‘kena’ dengan keperibadiannya, ekoran bersikap ‘dingin’ pimpinan DAP dan Amanah sehingga langsung enggan bekerjasama.

Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata, sikap dingin Hadi turut menyebabkan PPBM menerima tempias apabila PAS juga dikatakan enggan menjalin permuafakatan politik oleh kerana parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad itu bekerjasama dengan dua seterunya.

“Hadi semakin merepek. Dahulu dengan DAP tidur sebantal, sekatil dengan PAS berbelas tahun.

“Amanah juga terdiri dan didokong dari orang Melayu dan Islam. Mengapa beliau hendak bermusuh? Jika beliau ulama, bolehkah berbuat demikian? Adakah wajar ambil tindakan sedemikian rupa, berdendam? Ini bukan ajaran Islam. Ini bercanggah dengan hukum Islam,” katanya kepada Antarapos.

Reaksi itu diberikan Khairuddin selepas Hadi pada kelmarin menegaskan PAS tidak akan bekerjasama dengan PPBM kerana ia menjalin permuafakatan dengan DAP dan Amanah.

Hadi dilaporkan berkata partinya bersedia menamatkan sebarang rundingan mengenai kerjasama dengan PPBM tanpa menunggu tempoh sebulan yang ditetapkan oleh Dr Mahathir yang juga Pengerusi PPBM.

Khairuddin turut menyatakan rasa hairan sambil mempersoalkan mengapa Hadi tidak mencontohi keperibadian Nabi Muhamamd SAW yang boleh bekerjasama dengan bukan Islam dalam usaha membawa keamanan dan perpaduan ummah.

Menurut Khairuddin lagi, Hadi juga wajar mencontohi bagaimana Dr Mahathir dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama berjiwa besar untuk bekerjasama meskipun kedua-duanya pernah menjadi musuh.

“Hadi perlu ikut contoh Dr Mahathir dan Anwar. Mereka pernah mempunyai perbezaan pendapat lebih kurang 18 tahun, tetapi kerana agenda hendak menyelamatkan bangsa dan agama serta tanah air, mereka sanggup ketepikan kesemua perbezaan pendapat sesama mereka dan akhirnya bergabung tenaga.

“Kalau Rasulullah memeterai perjanjian dengan orang bukan Islam demi mencapai keamanan dan kesejahteraan kepada ummah, mengapa Hadi tidak boleh ikut sunnah Rasulullah?

“Kata ulama, kata parti beragama Islam, tapi mereka bermusuh, berkompromi dengan pelbagai salah laku dan kemungkaran yang sedang dilakukan oleh PM yang korup dan memimpin kerajaan kleptokrasi di negara kita,” ujarnya lagi – AP

Advertisements

6 thoughts on “Orang Kuat Mahathir Pertikai Status Ulama Presiden PAS

  1. Kelakarnya,mazhab apa yg dia amalkan ?.Hanya kerana tidak mahu berkerjasama dgn DAP dan PAN,seseorang yg alim sudah tidak layak di gelar ulamak.Apakah DAP dan PAN lebih tinggi dari Islam?Taksub sungguh.dgn kepentingan politiknya.

    Like

  2. pendapat mengarut… DAP PKR pun amal rasuah juga… lagi jelas dgn bukti…kalau PAS nak kerjasama dgn UMNO pun dia takkan setuju…akan ada putarbelit alasannya tu… sdgkan dalam Islam pun menggalakkan perpaduan ummah…yg pastinya kalau PAS tak join pembangkang, PKR PAN dan PPBM akan menerima kesan buruk… kalau tak caya tengok je la PRU kelak…

    Like

  3. Alhamdulillah….itu adalah kata-2 yg terbaik sebagai seorang islam,bilamana teguran dan nasihat bertitik- tolak dgn mencontohi ajaran islam dan SUNNAH Baginda Rasullullah saw (nabi terakhir dan nabi akhir zaman) dan Kekasih ALLAH.
    Adalah wajar setiap muslim saling ingat mengingat akan mana-mana saudara muslim yg lain yg terlupa atau terlalai dari mengingat ALLAH dan sunnah Rasullullah saw.sesuai dengan ‘khutbah terakhir Rasullullah Saw’ (*sila adik-2 yg buat teguran yg salah merujuk pada Khutbah terakhir Rasullullah) tdk sesuai dan salah sama sekali mengguna pakai perkataan ‘MAHZAM MANA ? Sbb ia ibarat mempertikaikan Sunnah Baginda Rasullullah yg mana telah di sampaikan oleh saudara khairudin sebagai kewajipan setiap muslim kepada muslim yg lain (hendaklah kamu menyampaikan kata-2 ku ini kepada muslim yg lain,yg mana yg tiada di sini,semoga yg terakhir lebih memahami dari yg mendengar terus dari ku) dan andai kamu tersesat (kembalilah kepada Al-Quran dan sunnah ku) .
    :petikkan dari ucapan baginda Rasullullah saw dalam khutbah terakhir Rasullullah.
    *Tuan Guru hj.hadi belum layak bergelar ‘Tuan Guru’ adalah perkataan yg paling sesuai untuk di guna pakai oleh saudara Khairudin.sangat sesuai dan bertepadan di zaman Alaf baru ini.dan Tuan guru Hj.Hadi tidak setanding langsung dengan Tuan guru Nik aziz.yg memandu PAS semasa hayatnya.
    *ulangan: apa yg di ucapkan oleh saudara Khairudin adalah peringatan dan perlu di amalkan oleh setiap muslim sebagai SUNNAH BAGINDA RASULLULLAG SAW.(dan bukannya MAHZAB)hendaknya kita dan Negara kita mendapat Rahmat ALLAH.Amiin

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s