Amalan ‘Kuku Besi’ Akan Rosakkan DAP – Penganalisis

kitKUALA LUMPUR: Amalan kuku besi yang diamalkan dalam DAP lambat laun akan merosakkan parti itu, kata penganalisis politik, Dr Baharuddin Aziz.

Ujarnya, tindakan empat wakil rakyat DAP Melaka bertindak keluar parti itu hanya permulaan dan beliau tidak menolak ada yang akan menyusul.

“Impaknya tinggi terhadap kredibiliti DAP, ianya boleh menggugat (struktur) dalaman DAP. Saya kenal YB Sim (Tong Him – Ahli Parlimen Kota Melaka), saya sifatkan Sim sebagai pemimpin parti yang kuat,” ujarnya ketika ditemubual Antarapos.

Baharuddin menambah, umum mengetahui cara pentadbiran Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng bersifat kuku besi dan mengongkong ahli serta pemimpin muda dalam parti itu.

“(Datuk Seri) Liow Tiong Lai (Presiden MCA) pun sifatkan Lim Kit Siang dan anaknya sebagai kuku besi. Tidak beri peluang kepada ahli lain beri pendapat dan tiada identiti sendiri.

“Itu yang sebabkan ramai ahli DAP kurang senang dengan keadaan sekarang ini. Kecelaruan yang berlaku dalam DAP sekarang ni,” ujarnya.

Terdahulu, empat wakil rakyat DAP Melaka mengambil keputusan meninggalkan parti itu kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu.

Empat wakil rakyat DAP itu terdiri dari Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Goh Leong San, Lim Jack Wong (Bachang), Chin Choong Seong (Kesidang).

Baharuddin juga mengulas kemasukan ahli baru, Datuk Zaid Ibrahim ke dalam DAP.

Beliau meramalkan, perjalanan Zaid dalam parti itu tidak mudah.

“Zaid Ibrahim akan menghadapi banyak rintangan dalam DAP. Pada hari pertama dia buat kenyataan dah ditegur oleh (Ahli Jawatankuasa Esekutif (CEC) DAP) Gobind Sing Deo,” ujar Baharuddin.

Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengumumkan penyertaannya ke dalam DAP selepas yakin perjuangannya serasi dengan parti dominasi Cina itu.

Zaid sebelum itu menyertai Umno sebelum beralih kiblat kepada PKR dan kemudiannya menubuhkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

Zaid pernah menjadi calon PKR dalam Pilihan Raya kecil (PRK) Hulu Selangor yang menyaksikan beliau tewas kepada calon BN, P. Kamalanathan – AP

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s