Iskandar Nafi Sedia Letak Jawatan Kerajaan Selangor

iskandarAIDCNews – 16/02/17 –Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menafikan pernah mengeluarkan kenyataan mahu meletakkan jawatan sebagai Exco dalam Kerajaan Negeri Selangor sebagaimana ‘kenyataan dalam poster’ di atas.

Beliau yang juga Exco kanan Kerajaan Negeri Selangor berkata PAS Selangor masih berada dalam kerajaan dan tidak akan lari dari tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat pada pilihan raya umum ke-13 iaitu tahun 2013 tidak akan kami sia-siakan,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Sambil menyifatkan poster yang disebar itu adalah kenyataan palsu yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab, Iskandar mengingatkan pihak yang bercita-cita mahu menggantikan PAS dalam kerajaan negeri perlu membuktikan kekuatan mereka.

“Lawan PAS dulu. Ini kerana peranan PAS dalam kerajaan sungguh besar. Kami tidak akan meninggalkan kerajaan dengan begitu mudah. Rakyat memerlukan pembelaan daripada PAS,” tegasnya.

Poster ‘kenyataan Iskandar’ di atas dikesan sengaja disebar sejak dua hari lepas di kalangan penggiat siber pro-PAN sebagai pelengkap gesaan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar yang menuntut Iskandar dan Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor melepaskan jawatan kerana PAS telah membuat keputusan dasarnya untuk tidak menjalinkan apa-apa kerjasama politik dengan DAP dan PAN.

“Sudah terang lagi bersuluh, PKR sepertimana PPBM sudah mempunyai hubungan kerjasama politik dengan DAP dan AMANAH,malah telah menanda tangani ‘perjanjian kerjasama politik’ untuk meranapkan kuasa politik Umno-BN pada PRU ke-14 nanti.

“Oleh itu secara perinsipnya hubungan kerjasama PAS dan PKR yang sedia terjalin sudah terbatal dengan keputusan dasar yang diumumkan oleh Tuan Guru Datuk Seri Presiden PAS.

“Adakah ini bermakna PAS perlu menarik diri dari kedudukkannya dalam kerajaan negeri Selangor dan melepaskan semua jawatan Exco,Ahli Majlis Kerajaan Tempatan,JKKK,ketua kampung,syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan apa-apa jawatan lantikan politik dengan segera secara berprinsip.

“Adalah lebih baik untuk PAS mengelakkan dari apa-apa persepsi atau tanggapan serong yang menampakkan PAS masih sayang pada kebendaan dan ketamakan kuasa yang diperolehi hasil dari kedudukkan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

“Sudah sampai masanya Yb Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga Naib Presiden PAS dan rakan-rakan Exco kerajaan negeri dari PAS melepaskan jawatan Exco dan apa-apa jawatan lantikan politik yang berkaitan,” gesa Mahfuz.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s